(foto: utusan online)
Katanya, pemandu itu yang telah dibebaskan dengan jaminan polis tidak akan terlepas daripada undang-undang jika terbukti melakukan kesalahan.
Selain itu, katanya, pihaknya juga boleh mengambil tindakan terhadap ibu bapa mangsa kerana membiarkan anak mereka membonceng motosikal tanpa mematuhi peraturan jalan raya.
Menurunya, beliau difahamkan, mangsa membonceng motosikal bersama adiknya tanpa memakai topi keledar dan penunggangnya pula dipercayai tidak mempunyai lesen memandu............
Al Fatihah.
Sedih saya membaca kisah seorang adik kecil 10 tahun, Mohd Hanafiz yang diseret oleh kereta yang melanggarnya dari Kg Gual Tinggi hingga ke Pekan Rantau Panjang. Lebih kurang 5 km jauhnya. Menurut berita, kejadian berlaku lebih kurang pukul 9.15 malam semasa mangsa bersama adiknya 7 tahun sedang membonceng motosikal yang ditunggang sepupunya 19 tahun.
Menurut berita Utusan (online ye),
..........Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Amir Hamzah Ibrahim berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap pemandu kereta terbabit.
Katanya, pemandu itu yang telah dibebaskan dengan jaminan polis tidak akan terlepas daripada undang-undang jika terbukti melakukan kesalahan.
Selain itu, katanya, pihaknya juga boleh mengambil tindakan terhadap ibu bapa mangsa kerana membiarkan anak mereka membonceng motosikal tanpa mematuhi peraturan jalan raya.
Menurunya, beliau difahamkan, mangsa membonceng motosikal bersama adiknya tanpa memakai topi keledar dan penunggangnya pula dipercayai tidak mempunyai lesen memandu............
Saya rasa sebelum tindakan diambil terhadap ibu bapa mangsa, tindakan sepatutnya diambil ke atas ibu bapa pemandu yang melanggar mangsa terlebih dahulu, atas tuduhan;
Tak pandai ajar anak, tak didik anak supaya berhati-hati di jalan raya, gagal memastikan anak berhemah ketika memandu, tak berjaya memastikan anak mematuhi peraturan jalan raya, tak pernah cakap kat anak kalau rempuh orang berhentikan kereta jangan seret terus.
Sama juga dengan kes Nurin Jazlin, sebelum buka mulut nak dakwa mak ayah Nurin, dakwa dulu mak bapak pembunuh tersebut kerana membesarkan seorang pembunuh.
Kalau betul pun bercakap nak ikut buku, tengoklah suasana dulu....orang ada perasaan bah.
.
Sebab tu Rasulullah S.A.W bila ditanya oleh seorang lelaki tentang amalan buruk yang tidak boleh ditinggal oleh lelaki tersebut berhubung dengan zina.Rasulullah suruh bayangkan bagaimana kalau perempuan itu adik lelaki tersebut atau emak lelaki tersebut. Maknanya, fikirkan kalau musibah itu berlaku ke atas diri kita sendiri.
ReplyDeletebetul 2. wanie stuju sgt ngan awk.. dunia kt makin tak selamt sekarang.. doa lah kt agar hkm Allah akn segera tertegk kembali di bumi ini..
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletepokmudo & wanie :
ReplyDeletesetuju sangat. Allah selamatkan umat Islam semua. takbir.
Cikli, ibu mengandung tak salah, itu dah kira normal. Tapi bapa yang mengandung tu yang salah dari segi adat.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteBila nak datang melaka Pakda.
kamal.
pokmuda: bapa mengandung ramai, cuma tak beranak.
ReplyDeletekamal: anak sihat? melaka tu ada rezeki sampailah.