Imej Talhah sejak hari beliau diputerakan.
Imej baru setelah sembuh dari demam hingga tak lalu makan berhari-hari baru-baru ini.
.
Satu daripada perkara yang tidak menjadi kegemaran saya adalah bergunting rambut di kedai. Sehinggakan arwah ayah pernah memarahi saya kerana berambut panjang semasa masih di bangku sekolah.
.
Nak jadi tok teri ko! Marahnya.
.
Sebenarnya saya hanya malas ke kedai gunting saja. Gunting rambut anytime pun takpa. Pernah kakak sulong yang gunting kertas pun reyok petok saya benarkan mengerjakan rambut saya. Nasib baik rambut saya jenis cepat menjalar, jika tidak jenuh hari-hari saya nak menjawab soalan yang sama......sapa gunting rambut? Jawapan pun sama.....kakak.
.
Sejarah saya digunting rambut oleh cikgu bermula sejak darjah satu lagi. Tapi masa darjah satu tu, Cikgu Kadir (Allahyarham) gunting elok-elok. Diletaknya kerusi atas meja supaya senang dia menyobek rambut saya di dalam kelas 1 Merah. Sebabnya esok ada penyampaian hadiah dan saya dapat nombor satu!
.
Lepas tu boleh dikatakan kalau ada je spot check rambut, saya mesti kena.
.
Di MRSM, bila ada perhimpunan mingguan memang jarang rambut saya lepas. Sehinggalah muncul seorang wira iaitu War yang dengan penuh kreatif dan inovatif membawa gunting semasa perhimpunan. Jika cikgu buat spot check rambut, dialah wira yang akan menggunting rambut kami dulu sebelum dapat ke cikgu. Dalam kalut-kalut, sayapun huloq kepala kat dia sebelum dapat kat cikgu. Bila sampai je depan cikgu, Cikgu Ramli Add Math semacam terkejut...
.
Siapa gunting rambut awak ni?.....Macam nak gelak je muka dia.
.
Cissss....bloody punya War, dahlah atas telinga, senget sebelah pulak tu....Bagi Cikgu Ramli Add Math gunting lagi menawan.
.
.
Oleh kerana saya pengawas kat sekolah saya hanya mengarahkan budak budak yang berambut panjang ke guru displin untuk di potong.... Kesian kat budak zulkarnain sering menjadi mangsa aku pengawas yang brutal... ha ha ha
ReplyDeleteTapi yang herannya, cikli dilantik ketua pengawas kat sekolah rendah dulu...Teringat rambut aku yang digunting separuh dan disuruh sambung gunting di kedai.
ReplyDeleteyang sebenarnya butut tengah.. he..he..
ReplyDeletepala butut.. pembetulan: pala ada butut. boje celcom tok sir.
ReplyDeletemenarik juga cerita abah. dari kakak.
ReplyDelete