Sunday, November 2, 2008

Saya Dapat Datuk Kerana Harumkan Nama Kelantan ?

"Dulu I tak suka orang Kelantan. Kurang ajar, suka kacau orang. Dalam kelas saya masa A-Level dulu budak Kelantan memang kerek. Suka mengutuk. I memang menyampah".


Cinta bisa berputik
di sini
Itu yang diakui oleh Helyati, gadis Minang berkulit hitam manis. Cantik orangnya.
.
Helyati junior saya, orangnya baik. Gayanya sopan, tuturnya santun.

"Sekarang bila I kawan dengan you, I tahu I silap. You memang baik, you orang Kelantan pertama yang I tahu baik. You mengubah persepsi I terhadap orang Kelantan." Akui Helyati lagi.
.
Memang la saya kembang serata ceruk, tapi saya managed to control riak. Saya hanya bertindak dan berkelakuan seperti yang sepatutnya, sebagai seorang Islam Melayu yang berasal dari Timur. Apalagi anak orang PAS!

Saya yakin Helyati jujur dan ikhlas dalam pengakuannya. Apalagi selepas 4-5 purnama selepas itu, saya dan kawan-kawan mendapat berita Helyati sudah berpakwe, dengan seorang budak Kelantan. Keikhlasan dan kesungguhan Helyati menyelami hati budi orang Kelantan lebih meyakinkan saya kerana kehenseman nampaknya bukanlah spesifikasi utama jejaka bertuah itu.

13 comments:

  1. Nak cari orang kelantan hensem di sebelah Kuala Krai...

    ReplyDelete
  2. Itu gambar bridge di Bath City la... Letak le gambar Yahya Putera..... Baru kena dengan Kelantan... or Newsastle... He..he...

    ReplyDelete
  3. Garam.. You kEna letak gambar Yahya Putera tu...Gambar bridge tu kat Bath City...Baru kena dengan KELANTAN

    ReplyDelete
  4. aiyo seluang, the memoirs is from bath. kalu di kelante, kiri kanan belakang depang semua orang kelantan bath...oppsss bah....

    pokmuda, ye ke? patutla ada sore awek pasir mas lekat dengan ore kualo krai....

    ReplyDelete
  5. meli....sapo budok tuh meli

    ReplyDelete
  6. zulk... marilah jale rumah. Demo dok tang mana lo ni?

    ReplyDelete
  7. pokmudo said...
    Nak cari orang kelantan hensem di sebelah Kuala Krai...

    Sokom statement pokmudo, tapi kita oram jeli, hehehe

    ReplyDelete
  8. "Keikhlasan dan kesungguhan Helyati menyelami hati budi orang Kelantan lebih meyakinkan saya kerana kehenseman nampaknya bukanlah spesifikasi jejaka bertuah itu."

    ha300x... teguling2 mace giling

    ReplyDelete
  9. ore puan kelate takleh lawe... tambah dengan rajin, pandai dan sopan satunnya memikat kalbu...

    ReplyDelete
  10. Lah ni cite lama. Dah kawin and ada anak sorang pun. Lama tak dengar berita. Buat apa sekarang?

    ReplyDelete
  11. yang bertanya ni tuan empunya diri ke? takkan anonymous saja. sori le cerita lama. just a memoir....santai aje. jgn ambik hati ...

    ReplyDelete
  12. Tak ada login. Zaman sekarang ni zaman facebook. Joinlah ramai jugak budak bath dalam tu. Ini pun terserempak dengan blog ni masa search nama sendiri untuk trace minute meeting lama. Tak perasan cite sendiri until nampak gambar pulteney bridge. Tergelak gak ingat cite lama. Ingatkan gossip Helyati dengan datuk mana tadi. Nasib baik tak letak cite tentang Mubashir. Itu lagi malu.

    ReplyDelete
  13. kekeke maybe next. byk lagi cerita kot. mubashir, abdullah....

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...