"Kenapa semua orang asyik panggil lobak merahhh je......."
Kami semua berempat segera berpaling ke arah pengawas tahun 2, 2009. Tanpa bersuara apa-apa.
"Kan warna dia jingga!!"
Oooo. Boleh jadi lawyer budak ni, getus hatiku walaupun bakal pengawas ini berkeras cita-citanya nak menjadi 'penukis' dan penjual. Boleh jual lukisan katanya, setelah cita-citanya nak menjadi pemain muzik (flute) ditentang keras oleh nenek kira-kira 2 tahun yang lalu. Aku hanya terkekeh-kekeh mendengar nenek berceramah panjang kepada cucunya.
.
...cucu nenek tak boleh jadi ahli muzik, nenek tak setuju...... Alamak macam Nyonya Mansor dalam cerita Ibu Mertuaku daa. Apapun aku bersetuju dengan nenek. 100%.
"Panggil je carrot kak...", cadangku, sahaja nak pastikan bakal pengawas ini rasa kami semua bersamanya dalam isu yang diketengahkannya.
"Itukan Bahasa Ingrishhh.....",tegas! Memang sesuai jadi pengawas.
Budak pun tahu nilai bahasa sendiri. Sayu...
.
bengkengnye shasha cam mak die... kretek cam bah dia
ReplyDeleteCankerSaurus
kuah selalunya tumpah ke nasik. heheh
ReplyDeletepado bazir baik batei.
Pahni boleh jadi ketua pengawas macam abah..
ReplyDeleteFahmi bersunat ari ni, hidungnya kena kekeh kira2 5 tahun lalu menjadi kenangan.
ReplyDeleteI can almost mimicking her and the voice... moknik terkekek2 ye la! mama pon tebaye2
ReplyDeleteCankerSaurus
Boleh jadi ketua pengawas...mace ayah dia. Aku tetap ketua kelas 2putih1980 dan 6merah1984...
ReplyDeletepokmudo:
ReplyDeleteabah bangga dengan cara sasha pertahankan diri....tak kasi can.
kanker:
bertahun telah berlalu, pantaikan berubah...
jobex:
demo kan ketua pengawas SPM lo ni...hebat la tu.