Tuesday, November 11, 2008

MasyaAllah, Teman Terlupa



Assalamualaikum.....


Entah kenapa kebelakangan ni teman rasa terlalu occupied. Macam sibuk saja. Lepas tu asyik lupa itu ini. Sembahyang pun kerap sujud sahwi. Kadang-kadang sujud sahwi pun terlupa. Sign of ageing la kot.


Pagi tadi tetiba je, semasa masih di pembaringan, teman teringat sesuatu. Laa.... yuran November Pasti Kak Yong masih belum berbayar....alamak.


Patutpun result Kak Yong tak diberitahu dan buku rekod tak diberi lagi. Result kena hold dulu rupanya, sehingga yuran jelas.
.
Patutpun Kak Yong terima hadiah tempat ke 2 semasa konvokesyen Ahad lepas rasa macam kena cabutan bertuah aje. Bila sampai dalam dewan dan tengok buku acara baru tahu nama Kak Yong ada dalam senarai penerima hadiah.
.
Teman minta maaf banyak-banyak. Bukan sengaja, lupa nak bayar. Teman tahu yuran November ni sensitif sikit, sesetengah sekolah kutip yuran November dari awal tahun lagi, semasa pendaftaran.
.
Yuran Pasti mesti bayar. Macam jugak Harakah, mesti mau beli walaupun tak baca (terasa pemberitaannya tawar lembar sejak kebelakangan ni!) atau dah baca Harakahdaily.com.
.
Sama juga Kak Long saya, bekas guru Pasti di Paloh, Gua Musang. Pernah teman dengar dia berkata dengan nada lamenting bila mengenangkan elaun/gaji bulanannya yang menjadi setiap 3 bulan atau 4 bulan atau lebih.
.
"Takpelah. Ini saja cara aku mampu sumbang untuk perjuangan Islam Pas..."
.
P/S:
.
1. Yuran dah dibayar pukul 9.00 am tadi. Resit dan Buku Laporan ada kat atas tu.
2. Elaun/gaji Kak Long tu 2 x 5 x 10 RM je.
.
.

.

5 comments:

  1. lupa bayar yuran tak leh sujud sahwi, tapi kena gi bui...

    ReplyDelete
  2. baik bang.....sedih dan insaf ni

    ReplyDelete
  3. Dulu anok sulung hantar pasti...tapi yang ke2 hantar tadika. Pasal Pasti jauh dari rumoh..susoh nak hantar.

    ReplyDelete
  4. Lain kali alert dengan air muka cikgu dio... kalu senyum je.. tandanya xde apa2.. kalu ade lain sikit tu lu fikir la sendiri...
    berdasarkan pengalaman moksu hantar anak ke nursery

    ReplyDelete
  5. jobex: pasti takpa jauh sikit pong.

    moksu: nothing against the cikgu. I have my highest respect for them. they just following the atasan's umnoish order.
    but I have no one to blame except for me being a forgetful fella.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...