Thursday, March 12, 2009

Umno Penganut Fahaman Politik Abdul Wahib ?


Allahyarham P. Ramlee terus dikagumi kerana filem-filem beliau yang mendahului zaman.

Kerajaan bersidang bawah pokok, Menteri Pasola, musang berjanggut, Datuk Nikah Kawin, alif-mim-nun-wau sarkis dan macam-macam lagi.

Semasa sedang bertungkus-lumus menyiapkan satu proposal malam Selasa lalu, saya beberapa kali diganggu oleh cerita Tiga Abdul yang sedang ditayangkan di TV. Semacam sengaja pula filem itu ditayangkan oleh pihak stesen TV dalam situasi politik masa kini.

Ada 2 perkara yang menarik minat saya pada malam itu, kedua-duanya daripada Abdul Wahib.


1. Demokrasi Terpimpin


Terjadi dialog antara Abdul Wahab dan Abdul Wahib mengenai pembahagian harta pusaka walaupun ayahanda mereka belum meninggal dunia, tengah sakit tenat. Lebih kurang begini,


Abdul Wahib : Mari kita bahagikan harta pusaka ayahanda secara demokrasi.
Abdul Wahab : Bagaimana?
Abdul Wahib : Begini, kekanda abang yang tua. Kekanda akan mati dulu. Jadi berikan semua harta kepada adinda, kekanda jangan ambil satu sen pun. Itulah demokrasi.
Abdul Wahab : Demokrasi apa?
Abdul Wahib : Demokrasi terpimpin.



2. Derhaka


Sejurus sahaja ayahanda mereka menghembuskan nafas yang terakhir, Abdul Wahib berkata,


"Tengok, hanya nama kekanda berdua (Abdul Wahab dan Abdul Wahib) sahaja yang disebut ayahanda, itu tandanya adinda anak yang durhaka!"


Saya ingat inilah fahaman yang sedang dianut oleh sesetengah orang dan kebanyakan penjilat media sekarang. Patutlah kita semakin hari semakin lemas.

7 comments:

  1. filem P Ramlee, luar biasa sekali popularnya sekarang ini. Diulang tayang berkali-kali bukan sahaja di TV, tetapi menjadi dialog ikon kepada semua orang. Yang semua orang menghafal dialog yang sama. Hebat, begitu lama diputar dalam TV, orang masih lagi tidak faham ejaan, alif mim nun wau, sarkas.

    ReplyDelete
  2. Kenape le orang UMNO tak faham alif min nun wau sarkis

    ReplyDelete
  3. I think the UMNO is a stupid political party. They never had a ball to take over Perak through a fair state election. They just bulldoze their way like a Nazi army lead by Najib and Zambry

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. tuan-tuan anonim,

    bukan salah raja jika ada orang yang sentiasa berselindung dan menggunakan istana bagi mengiyakan segala tindakan mereka.

    ReplyDelete
  7. asal,

    maajun salasa.... (laksamana do re mi)

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...