Tuesday, July 12, 2011

Aku Dah Besar, Tapi Umno Tidak

Masjid Guchil (Sebelum diroboh)
Dahulu banyak masa kanak-kanak aku habis di masjid. Sehinggakan geng kami digelar geng Masjid Guchil. Aktiviti kami banyak berkitar di Masjid Guchil. Selepas mengaji, kami main wau atau layang-layang di kawasan masjid. Masjid Guchil terletak di atas bukit. Angin banyak di situ, senang main wau.

Kadang-kadang kami main bedil di sekitar masjid. Senapang kayu dengan peluru ‘terung manggur’. Atau bedil buluh dengan peluru buah cenerai (cenderai?) yang banyak di sekitar masjid. Kami juga mencari sarang burung di belukar sekitar masjid. Burung candik menjadi idaman kami. Batang kayu yang elok kami buat ‘cagak bidah’ atau kayu lastik. Semuanya kami perolehi di sekitar masjid.



Bila nak bermain hoki, kami juga mencari stick hoki di belukar sekitar masjid. Pendek kata aktiviti kami banyak berlangsung di sekitar masjid. Sehinggakan jika kami tak balik rumah pun, ibu bapa kami akan cari di masjid.

Pernah adik aku tak balik rumah selepas Isyak. Kami mencarinya di masjid yang sudah gelap tiada orang. Rupanya dia tertidur di ‘jerung’ dinding (bucu) masjid disebalik gulungan tikar. Kalau dia dah berniat i’tikaf, banyak pahala dia malam tu...hehehe.

Suatu hari aku lihat 2 orang Cina yang tentunya bukan Islam memasang marmar di lobi Masjid Guchil. Aku yang baru sepuluh tahun masa itu tertanya-tanya.


Liverpool Cathedral

Bolehkah orang cina masuk masjid ni?

Aku pandang tok imam, arwah Pak Muda, macam tiada apa-apa sahaja riak mukanya.

Pada hari yang lain, aku lihat seorang Cina masuk ke ruang utama masjid untuk membetulkan jam yang menunjukkan waktu-waktu sembahyang. Sekali lagi aku tertanya-tanya benda yang sama.

Tak berdosa ke ni?

Waktu berlalu. Illmu agama aku pun bertambah sikit-sikit, sejajar dengan usia ku yang bertambah. Pasal orang Cina masuk masjid tak menjadi hal yang rumit bagi aku lagi. Bahkan aku pun dah pernah masuk melihat dalam gereja. The biggest cathedral in Europe di Liverpool pernah aku masuk dan aku tumpang kencing di tandasnya. Mak oii... pintu tandas dan selaknya macam dalam cerita Robin Hood!

Bath Abbey, gereja yang popular di Bath City pernah aku cuba nak masuk melihat-lihat, tetapi bila kena bayar sedikit sumbangan kat pintu gereja, aku berpusing keluar balik. Aku terfikir masa tu, aku tak nak duit aku digunakan untuk program gereja. Jadi aku tak pernah masuk ke dalam Bath Abbey walaupun aku berada lebih 3 tahun di bath City dan Bath Abbey adalah one of the main attractions in the Roman City of Bath. Takpa lah, aku tak menyesal sedikit rabut pun.

Sebenarnya hati aku berdebar juga bila masuk gereja. Dengan muzik ala-ala phantom of the opera nya, cukup mendegupkan jantung. Susuk tubuh tersalib di depan sekali adalah pandangan yang paling aku elakkan. Aku orang Islam, aku sudah belajar sejarah Nabi Isa yang belum lagi mati dan akan turun ke bumi membantu Imam Mahdi kelak. Aku sudah belajar siapa yang sebenarnya mati di palang salib. Aku cukup tahu siapa Nabi Isa, siapa Maryam.

Aku masuk gereja lebih kepada melihat architecture nya. Bagi aku pelajar architecture patut mengkaji binaan seperti ini. Apalagi binaan-binaan tua dan bersejarah seperti ini.

Masjid-masjid juga adalah sumber rujukan ilmu bagi jurubina. Sebab itu ramai pelawat-pelawat dari luar negara yang kebanyakannya bukan Islam melawat masjid-masjid kita dan mengambil gambar. Mereka tak kisah jika perlu memakai jubah sebagai syarat menutup aurat masuk masjid. Sesetengah mereka mendapat hidayat melalui cara ini.

Yusuf Islam yang semasa glamournya bernama cat Steven pernah mengatakan bahawa dia mengenal Islam dahulu sebelum mengenal orang Islam.

Yusuf Islam mengenal Al-Quran dan Masjid terlebih dahulu sebelum mengenal Ramli, Zahid Hamidi, Harussani, Mawi, Ahmad Maslan, Rais Yatim dan Shahrizat Jalil.

Jadi, kalau kita tidak pergi kepada Lim Guan Eng dan Nie Ching dan memberitahu kepada mereka tentang kebaikan dan kelebihan Islam atau sekurang-kurangnya menunjukkan contoh perwatakan Islam kepada mereka, mengapa melarang mereka mendekati masjid. Membiarkan mereka meninjau di dalamnya setelah sekian lama hanya mendengar azan dari corong speakernya...

Saya suka kata-kata YB Ustaz Nik Amar Exco kanan Kelantan di dalam satu dialog yang melibatkan Umno di Kota Bharu bila diungkitkan kerjasama Pas dan Dap sedangkan Karpal Singh terang-terangan menolak hudud. Kata Nik Amar,

Pas berdakwah kepada Dap seperti orang yang melawat Kelantan tetapi ‘declare’ tak suka budu. Jadi kita bagi dia makan nasi kerabu yang popular di Kelantan. Tak dak timbul masalah dia tak makan budu lagi!

Di mataku terbayang aku yang masih mentah bermain di pekarangan Masjid Guchil yang kemudiannya membesar dan matang sekarang. Tak seperti Umno yang masih lagi bermain wau di pekarangan masjid tanpa mahu masuk ke dalam untuk menadah kitab di hadapan Tok Guru yang tak jemu-jemu mengajar segenap malam! Sebab itulah mereka masih tegar dengan kekotoran dan mengugut orang yang inginkan kebersihan.

** Entry recycle kerana tuan blog banyak kerja minggu nih. Dok dang nok mikkir.

9 comments:

  1. ntah, menunggu dema berdakwah pun tak juga. ada ruang disekat2. lagu mana lagi nak perkenalkan islam?
    sok biar la depa kena soal, sebagai kerajaan yg ada kuasa, sebagai Islam yg patut berdakwah. jgn sampai 'mereka' dakwa kat akhirat yg tak dak sapa pun sampaikan mesej Islam kat depa sudah.

    ReplyDelete
  2. balik rayo.. cuti berapo ari Meli? PAQ

    ReplyDelete
  3. PAQ, balik sari dua sebelum raya, pahtu sampai buka sekolah. ada wakaf bharu ke?

    ReplyDelete
  4. Asal, berat kita kalu kena dakwa seksok.

    ReplyDelete
  5. perumpamaan yang menarik
    'pergi kelantan declare xmakan budu,
    tapi nasi kerabu nombor 1'
    :)

    ReplyDelete
  6. aku ado Mache rumoh tok tuo.. pahtu WB.
    ..tok jadi sokmo nok gi jale Guchil. jemm

    ReplyDelete
  7. hii
    uncel
    bukan tidak dewasa tapi sudah kena penyakit nyanyok

    ReplyDelete
  8. bro, ada tak jin kat masjidtu letak kat luar masa tdur, maklumlah sesetengah orang tak dewasa tapi tak matang percaya jin alih orang tidur kalu di masjid

    ReplyDelete
  9. Cikli, isu ini pernah dibincangkan semasa saya terpaksa ke kem BTN, sedar kebodohan 'mereka' semasa mengapikan-apikan kami peserta yang terpaksa mendengarnya... ceteknya pemikiran fasilitator 'mereka'

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...