Sunday, December 19, 2010

Terkenang Penceramah Pas


Suatu malam di era reformasi, sedang seorang penceramah tersohor Pas tengah sedap berceloteh, tiba-tiba beliau berhenti berucap. Tangannya mengeluarkan sehelai kertas dari poket bajunya. Lalu beliau membaca. Seolah-olah membuat pengumuman,


"Perhatian....DRM 74...... DRM 74.... Sila undur... Beri laluan....Anda menghalang laluan"


Semua hadirin gelak apabila menyedari yang pengumuman itu dibuat-buat sebagai sindiran beliau kepada Doktor Mahathir yang masih mahu berkejap bagai pelepah pisang sebagai PM.


Hari ini, penceramah dan juga bekas YB yang dikasihi Tok Guru Nik Aziz ini telah tiada. Beliau telah kembali ke rahmatullah dengan istiqamah untuk menegakkan hukum Allah. Alfatihah untuknya.


Aku terkenangkan ustaz ini kerana sehari-dua ini ada cerita yang belum sohih dari Borneo yang membuatkan aku tiba-tiba teringin membuat pengumuman,


"Perhatian....KM 74...... KM 74.... Masuuukkkk....."

10 comments:

  1. Dr M ni pelik sikit saya tengok. Masa mula2 (lepas letak jawatan) dia macam pro PR. Tapi lepas tu, pro BN semula. Memang tak faham.

    Siapa Dr M sebenar?
    Malu nak ngaku orang kampung...
    (Kubang PASu)

    ReplyDelete
  2. pokmuda,
    alFatihah....tau pong mun sapa...

    ReplyDelete
  3. puteri,
    drM tak pernah sokong pr. dia tak suka dgn paklah sahaja sebab tak buat jambatan bengkok dan postpone projek double track ipoh-butterworth.
    bila najib dah ambik mukriz masuk kabinet, sejuk la hati dia.
    semoga Allah bukakan pintu hati drM untuk sokong Islam. he very much reminds me of my late father. must be his nose.

    ReplyDelete
  4. pak hjman,
    tuah orang nampak di isteri...

    ReplyDelete
  5. mohamadazhan,
    terima kasih kerana masuukkkk sini..

    ReplyDelete
  6. Hurrm.. tahun lepas masa Konvensyen Muslim Unity tu, DrM dijemput. Ramai ulama' dari merata2 pelusuk dunia datang.

    Tapi ulama' Malaysia? Saya tak nampak pun barisan pimpinan ulama' kita. Yang bercakap hanyalah wakil dari Telekom/Celcom (yang pasti komunikasi punya orang). Pastu wife of the DrM. Juga seorang dari IKIm.

    Kelakar. DrM jadi orang besar. Wakil Islamkah dia? Wakil ulama' kah? He's our ex-PM. PM sendiri pun tak dipanggil. Mungkin DrM lebih 'Islam' skit kot dari yang lain. ahaks.

    Yang menariknya, ada satu sesi tu, DrM jadi moderator. Ada lebih kurang 4 panelis. Bila sesi soal-jawab dibuka, delegates banyak tanya kepada DrM.

    Untuk sesaat, saya respek DrM (masa tu lah) walaupun ada point dia yang kurang boleh dipakai.

    Ops.. terlebih sudah. nnti cakap saya wat entry tambahn pulak dlm blog ni. he.he.

    to be continue...,,, :D

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...