Monday, July 18, 2011

Sense of Ownership

Aku cuba mencari sebab
untuk menyokong Chelsea
yang aku jumpa hanyalah
Chelsea itu nama anak President Clinton dan Hillary

Aku mencari-cari alasan
untuk menyokong Liverpool
kalau setakat warna yang merah
hanyalah se gah jersey The Red Warrior

Aku bermenung mencari hujah
untuk menyokong Arsenal
Emirates di jersey mereka sekadar penaja
tiada kena mengena dengan Islam atau Melayu

Aku cuba merasionalkan jiwa
untuk menyokong Umno
tetapi aku tidak buta dan tuli
untuk menidakkan mata dan telinga
yang asyik melihat dan mendengar
korupsi korupsi korupsi

10 comments:

  1. puisi yg kreatif...trselit byk maksud yg penuh bermakna....

    ReplyDelete
  2. fam restu membawa masuk mereka,lepas tu bertanya pasal NASIONALISME DAN PATRIOTISME serabut apa?
    puitis juga lu bro

    ReplyDelete
  3. gua sokong manchester united..meskipun lambang DEVIL,sekurang-kurangnya gua tau dowang tak EVIL.

    bab UMNO,gua hari-hari pakai hijau,gua tak nampak di mana birunya gua setiap hari.

    ReplyDelete
  4. deep....

    yg last tu kurang paham hohoho nampak sgt x berseni sy nih..

    ReplyDelete
  5. Apa pun Malaysia tidak akan pakai jersey KUNING bila bertemu Chelsea...ini arahan !!

    ReplyDelete
  6. merasional kan jiwa?

    Tu tak rasional tu, bro!

    ReplyDelete
  7. School Of Tots - owh ye ke camtu?.. tapi i think thay yellow jersey brings LUCK to them!!

    ReplyDelete
  8. hoho pilih lah yg terbaik antara yg terbaik bro

    ReplyDelete
  9. kita ubah cara fikir
    (cara tindak, cara ngundi, mana parti)
    baru hapus
    KORUPSI!

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...