Tuesday, October 4, 2011

Aku Hanya Jiran Ramli


"Ayah! Ayah! Ramli score 2 gol hari ini..."

"Hei! Anak jiran sebelah tu score 9A tau!"

Aku yang sedang berada di bawah rumah agak terkejut mendengar herdikan kuat suara ayah Ramli. Aku lihat Ramli masuk ke dalam rumah dengan wajah sugul sambil memegang piala kecil ditangannya. Aku meneruskan kerja aku menolong ibu mengasingkan kekabu daripada bijinya. Nanti ibu bolehlah buat tilam. Tilam aku yang ada sekarang sudah keras. Apa tidaknya, hampir setiap hari kena basuh dan jemur. Ini dek kerana kerja adik aku yang suka sangat kencing malam. (He he....).

Kadang-kadang aku berasa amat bersalah pada Ramli. Dia kawan baik aku, kami sekelas. Di dalam kelas, aku selalu dapat nombor 1, manakala Ramli pula selalu dapat nombor sedang-sedang dari belakang sahaja. Inilah yang selalu dibandingkan oleh ayah Ramli. Ayah Ramli selalu menjadikan aku sebagai contoh apabila berceramah kepada Ramli.

Ramli suka main bola. Aku pun suka main bola. Cuma Ramli pandai menggelecek dan selalu score gol. Manakala aku pula suka main defence sahaja. Datang bola, aku rembat. Bola datang, aku clear. Itu sahaja tahap permainan bola aku.

Ayah Ramli garang. Dia kerja pejabat kerajaan. Keluarga mereka agak senang jika dibandingkan dengan keluarga aku. Ayah dan ibu aku hanya menoreh getah orang. Kais pagi makan pagi, kais sebulan, bayar hutang makan. Kadang-kadang ayah dan ibu aku terpaksa kais pagi dan petang apabila aku memberitahu mereka cikgu suruh beli buku-buku latihan.

Keluarga aku susah. Adik-beradik ramai. Aku sedar satu-satunya cara untuk merubah nasib keluarga adalah dengan belajar bersungguh-sungguh. Hasilnya, aku selalu score banyak A dalam peperiksaan. Dan kejayaan aku inilah yang menjadi hempedu kepada Ramli apabila ayahnya selalu meng'exaggerate' bilangan A yang aku dapat apabila memotivasi cum memarahi Ramli.

"Aku janji, aku akan buat ayah aku bangga suatu hari nanti," Ramli meluahkan perasaannya kepada aku di bawah pohon angsana di tepi padang pada suatu petang.

"Ramli... Aku pun mahu bahagiakan ibu bapa aku. Aku mahu buat mereka bangga. Kita sama-sama usaha ye Ramli," aku pun berkongsi impian dengan Ramli, kawan baik dan jiran aku itu.

Selepas SPM, aku dapat tawaran mengikuti A-Level di sebuah kolej di Kuala Lumpur. Ramli pula bercadang untuk menyambung ke tingkatan 6 sastera di sekolah di kampung kami. Aku tahu Ramli sedih dan pedih. Rumah kami berdekatan. Aku dapat dengar butiran leteran ayahnya kepada Ramli hampir setiap hari. Dan sudah tentu, nama aku pasti akan digunakan oleh ayahnya untuk memotivasi Ramli.

Walaupun ayah Ramli garang, dia baik hati. Itu cara dia mendidik Ramli. Walaupun dia kerja pejabat kerajaan, dia bukannya berpangkat tinggi. Gajinya pun cukup-cukup makan sahaja. Jadi aku cukup faham kenapa dia mahu Ramli belajar bersungguh-sungguh. Dia tidak mahu Ramli apabila besar nanti, kerjanya selalu disuruh-suruh orang. Dia tidak mahu Ramli jadi sepertinya.

Habis A-Level, aku ke UMIST. University of Manchester Institute of Science and Technology. Ramli lah yang paling gembira apabila aku ke Manchester.

"Jangan lupa belikan aku jersi Man U, nombor 7 tahu," Ramli berpesan kepada aku sebelum aku meninggalkan kampung menaiki teksi ke Kuala Lumpur.

Tiada dalam jangkaan aku sama sekali untuk bertemu Ramli di Manchester. Dia menelefon aku untuk bertemu di Old Trafford. Tanpa membuang masa, aku bergegas ke Old Trafford dengan membawa jersi nombor 7 dengan nama Beckham yang telah aku beli lama dahulu. Sebenarnya aku bercadang untuk memberinya kepada Ramli apabila aku pulang ke tanah air nanti.

"Nah.... Jersi kau," aku menghulurkan jersi merah Man U kepada Ramli.

"Ini pula untuk kau...."

Agak pelik apabila Ramli menghulurkan jersi Man U kepada aku kerana aku yakin dia amat tahu yang aku tak minat Red Devils. Aku hanya minat Red Warriors dan Bolton Wanderers.

Terkejut aku apabila melihat nama Ramli terpampang di jersi bernombor 19 itu. Ramli juga memberikan aku sekeping tiket perlawanan sulungnya. Dan buat pertama kali aku bersorak untuk Man U dan Ramli score pada minit ke 87 dalam perlawanan sulungnya bersama Man U.

Kami sama-sama berjaya. Kami sama-sama buat ayah kami bangga. Kalau ibu Ramli masih ada, tentu diapun bangga dengan Ramli macam ibu aku bangga dengan aku sekarang.

Aku berjaya membina rumah baru untuk ayah dan ibu aku seperti yang aku selalu impikan. Rumah yang sederhana dan selesa walaupun tidak sebesar dan semewah rumah Ramli kerana gaji aku walaupun seorang graduan dari UK hanyalah seciput daripada gaji Ramli yang merupakan pemain bola kelab ternama Manchester United yang dibayar berpuluh-puluh ribu pound sterling seminggu. Ya, seminggu!

Aku bangga dengan Ramli! Walau hakikatnya aku menyampah dengan iklan TM itu.

25 comments:

  1. Cantek jalan ceritanya...kembangkan bro jadi buku. Atau skrip telemovie.

    ReplyDelete
  2. Creative! tapi yang paling menarik blog ni nampak kemas ;')

    ReplyDelete
  3. main bola skrg mmb boleh kaye,kalau btl2 main la

    ReplyDelete
  4. ada moral gak certa ni

    tapi ramili walaupun hebat macam mana kena ingat negara kita bukan dalan tangga 70 fifa..
    untuk berjaya kelab jepun dan korea tidak pernah buat iklan ..tetapi memajukan sukan bola sepaknya
    kita boleh beli banyak kelab .. tapi kita tidak boleh beli system fifa

    ReplyDelete
  5. gua sekolah tak score....

    periksa lagi tak score!

    ReplyDelete
  6. gedek! lu punya stream, Ramli pun kagum bro.

    ReplyDelete
  7. tumpang baca cerpen Encik Ramli ya.. :-)

    ReplyDelete
  8. heeeeeee
    benyela bce
    hehehe
    due2 sebenanye sama je
    ada klbhan kekurangan memasing =]

    ReplyDelete
  9. sir bobby charlton pun macam kebetulan jer datang tinjau2 stadium.haha.

    ReplyDelete
  10. hadoi,,
    bleylak wat sambungan..

    nway, saya tergelak untuk 4 saat. :)

    ReplyDelete
  11. macam best (ayat tak nak kalah)
    ala... memang best lah¬¬

    ReplyDelete
  12. nasib kita xsama...xsemestinya kita cemerlang masa di SK akan terus cemerlang dlm kerjaya..ada org yg kecundang dlm pelajaran ttp mampu berjaya dlm hidup..semua tu rahsia Allah....

    ReplyDelete
  13. Walaupun panjan entri ni.. WuMing gagah baca jugak laahh.. Kerana idea yang menarik... Boleh terfikir sebagai Jiran Ramli pulak....

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah syukur...

    Ramli dan jiran Ramli itu, kedua-duanya sudah jadi 'orang yang berjaya'
    kebanggaan keluarga...

    ReplyDelete
  15. moga ramli dan jiran ramli terus berjaya dlm hidup dan kehidupan. Menarik skli kalau disambung buat e-novel. boleh ganti Allahyarham ustaz Azizi Hj Abdullah .

    ReplyDelete
  16. teringat kata2 Bill Gates...

    "saya gagal bebrapa subjek yang kawan saya lulus. sekarang kawan saya seorang CEO dalam sebuah syarikat....

    dan saya tuan punya syarikat tu... (Microsoft)"

    ReplyDelete
  17. hihi aa org berjaya dlm pelajaran tapi hal lain mungkin di tidak mampu ..

    ReplyDelete
  18. Seronok baca cerita ni. Orang boleh jadi kaya dan ternama bukan kerana cerdik dalam belajar saja.

    Masing2 ada kelebihan dan kekurangan.

    ReplyDelete
  19. bahh..ngam sudah semua komen itu..

    ReplyDelete
  20. Rentetan cerita utk membuka mata: -

    1. jangan berangan tinggi kalau tak ada usaha
    2. susah tapi rajin berusaha boleh berjaya
    3. berjaya jgn lupa asal-usul/org tua kita
    4. sakit hati bila bangsa kita selalu dimainkan isu iklan seakan-akan mengejek. Tak suka...

    ReplyDelete
  21. kata orang kita perlu ada cita-cita
    tapi saya tak tahu cita-cita saya
    saya cuma tahu minat saya

    ReplyDelete
  22. Agak-agak tahun dua ribu nampuloh kot baru terjadi ramli main tuk MU ni...hehehe...TM berangan...

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...