Wednesday, August 3, 2011

Apex Yang Aku Kenal

Apek & Sifu. Dua-dua I follow
  1. Apex pertama yang aku kenal ialah budak kampung aku, Juki Apek. Dia lebih tua daripada aku beberapa tahun. Kenapa dia dipanggil Apek, aku tak tahu. Nak kata macam cina, tak adalah obvious sangat. DNA Melayunya lebih dominan. Di sekolah dia biasa-biasa saja dan setahu aku reputasinya agak notorious. Pencapaian terbaiknya ialah, tup-tup menang PRU11 2004 mengalahkan calon terbaik PAS di kubu terkuat PAS yang tak pernah terkalahkan sebelum ini semasa projek grand design bapak-menantu super clean sedang menjadi-jadi.
  2. Apek kedua yang aku kenal ialah  budak Wakaf Bharu,  semasa kami sama-sama belajar di MARA KB. Roslan atau Sle memang putih seppok mengalahkan awek sehingga melayakkannya dipanggil apex atau slepex. Sekarang dia orang kuat sektor kewangan di Ipoh.
  3. Apex ketiga yang aku kenal ialah seorang welder semasa aku menjadi muhandis projek buat kilang padi di Tasik Berangan, Pasir Mas, tahun 1997. Apex ni tak putih sangat sebab selalu kerja tengah panas. Orangnya peramah, muka memang macam cina, kalau dia tak puasa memang tak akan kena tangkap punya. Memang dia tak puasa pun aku lihat, tapi mungkin kerana penat kerjanya yang heavy duty. Nanti dia gantilah tu.
  4. Apex keempat yang aku kenal memang popular, tetapi tak ada rupa cina langsung. Macam India adalah. Saiful Apek Senario yang bagi aku tak lah lawak sangat tetapi berjaya. Aku agak dia dipanggil apek kerana karektornya sebagai seorang apek semasa menyertai Sinaran Passport Kegemilangan TV3 dulu. Kalau tak silap karektor hantu cina kumpulan Pang Yau.
  5. Apex kelima yang aku kenal ini aku minat habis. Tak lain tak bukan ialah hero The Red Warrior dan Superhero Harimau Malaya semasa melawan Singapore baru-baru ini. Dia memang goalkeeper yang hebat dan terbaik. Sehari-dua ini, geger berita dia putus tunang. Tak ada jodoh, kata aku. Tetapi melihat umurnya yang baru 22 tahun, memang belum sesuai untuk memikirkan pasal berumahtangga bagi seorang lelaki. Apalagi bagi seorang player sepertinya... I mean football player la!
  6. Apex lain yang aku kenal...Memang semuanya betul-betul cina.

21 comments:

  1. aku pun kenal seorang apek.dia betul-betul kelihatan macam cina bila dia jual kat aku biskut yang ada biji bijan di atasnya.dia memang cina pun.

    ReplyDelete
  2. banyak betul apek, tapi apek yg goalkeeper tu mmg hebat.

    ReplyDelete
  3. Pada saya kalau Apek mesti cina yang dah tua.

    Tapi sekarang apek gelaran glamor pulak.

    ReplyDelete
  4. bdk melayu rupe cina mst kena panggil apek...

    ReplyDelete
  5. keluarga kak hani kalau zaman duk asrama tu memang hampir semua dpt gelaran 'apek','amoi' atau 'ahchong'..

    ReplyDelete
  6. haha kak ani.... jgn ada yang panggil asor sekarang sudahlah. haha

    ReplyDelete
  7. ghost- yang jual tempe tak ada ke?

    ReplyDelete
  8. shameel- semoga prestasi dia bertahan

    ReplyDelete
  9. ayohnik - gan ti wah (che wil)

    ReplyDelete
  10. kak kunang-kunang - bukan glamer kak. terpaksa terima kawan-kawan yang beri gelaran.

    ReplyDelete
  11. tasha - kalau rupa india pulak, dipanggil tambi, acappan. macam-macam ye kita ni.

    ReplyDelete
  12. Mengikut cikgu berbangsa cina aku dulu,apek tu asal dari kata "tuapek" yang membawa maksud "pakcik". Dapat kat oghe kelate disebut "tokpek"...wallahu 'alam...

    ReplyDelete
  13. Masa saya kecik dulu, kalau duduk di kerusi dan kaki sebelah naik atas......mak saya kata macam tokpek tua....hehehe.

    ReplyDelete
  14. Apek yang saya ingat sangat hebat.
    Boleh sambung kepala, tangan, badan dan kaki yang putus

    aiiyya cik siti pompuan manyak muda
    ana manyak susah jalan tutup mata...

    'Ali Baba Bujang Lapok'
    Apek & Marjinah

    ReplyDelete
  15. apex yg ke 7, ialah pakcikku yg hampir sebaya n bila gaduh daku gelarkan dia "apex" dan selipar jepun akan singgah ke badanku......

    ReplyDelete
  16. apek apek kebanyakan nya hnsem..emm apek yg muda la,bhukan apek cina tua tu. haahha...

    ReplyDelete
  17. saya kenal satu apek,
    orang melayu, satu universiti dgn saya.

    hansam desu ne! :P

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...