Gambar hiasan |
Apakah skala ukuran sebenar sebuah patriotisma?
Patriotik kah kita dengan semata-mata meletakkan jalur gemilang di kenderaan kita?
Tetapi kita asyik memandu melampaui had laju dan melanggar lampu merah. Juga memotong tak kira tempat sehingga membahayakan orang lain.
Tetapi kita leka bermain mercun selesai saja berbuka puasa.
Tetapi kita membelikan mercun untuk anak-anak kita bermain, walaupun kita tahu ianya bahan terlarang dan mengganggu ramai orang.
Patriotik kah kita dengan mengibarkan jalur gemilang di tingkap pejabat?
Tetapi kita terlibat memberi dan menerima rasuah di tempat kerja.
Tetapi kita asyik menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada kita.
Tetapi kita asyik menindas pekerja bawahan kita?
Tetapi kita asyik memfitnah orang lain yang tidak sealiran dengan kita.
Rata-rata iklan merdeka di TV menyiarkan betapa kita mesti mengibarkan bendera kita jalur gemilang sebagai tanda patriotism. Mesti tanpa gagal untuk mengibarkan bendera kita. Brek emergency jika ada bendera di atas jalan! Kutip bendera itu!
Benarkah begitu?
Merdeka dan patriotik bukan semata-mata berkisar pada bendera.
Mengapa kita tak diajar supaya mematuhi undang-undang jika kita patriotik?
Mengapa kita tak diajar mensyukuri nikmat Allah jika kita menghargai kemerdekaan?
Mengapa kita tidak ditegah melakukan maksiat jika mahu mengisi kemerdekaan?
Mengapa kita tidak menggunakan media untuk merapatkan jurang politik kepartian supaya kita hanya bertentangan hanya 5 tahun sekali iaitu semasa pilihanraya umum. Jika kita patriotik?
Jika kemerdekaan hanya semata-mata dan segala-galanya tertumpu kepada bendera, ibu-bapa yang patriotik mestilah menyusukan bayi mereka dengan susu cap bendera!
kita tidak disuruh letak bendera dan pandu laju...dan langgar peraturan...letak bendera untuk bersama menghayati erti kemerdekaan..nampak mcm anda yg bersifat politik...cuma berfikiran terbuka...manusia baik atau jahat bukan disebabkan aliran politik...tetapi amalan dan iman org itu sendiri...
ReplyDeleteCikli, bila tengok bendera atas kancil tu, terus hahaha..,
ReplyDeletesebab masa ngajar di Sabah dulu, pernah guna khidmat kereta sewa utk ulang-alik ke sekolah. Masuk bulan Ogos terkejut 'kami' pagi itu bila pakcik kereta kancil datang jemput ke sekolah... Penuh bumbung kancil putih dgn bendera...
Rasa agak segan sebab terlalu banyak... Tapi, Patriotik sungguh kami sepanjang bulan itu... Huhu
GOOD2
ReplyDeleteanonymous, anda betul. saya setuju.
ReplyDeletepatuhi had laju, pandu berhemah, tak main mercun, tak rasuah, tak menindas, tak salah guna kuasa, tak memfitnah, menggunakan media dengan adil dan berhemah tiada kena mengena dengan aliran politik.
ianya bergantung kepada amalan dan iman masing-masing.
cikgu nae, orang sabah memang patriotik dan bersemangat. saya pernah jumpa kereta di membakut, penuh bendera dari yang kecik sampai yang besar.
ReplyDeletebloghok, marhaban2
ReplyDeletetolak rasuah juga patriotik tau!
ReplyDeletegedek!, betul, tolak rasuah itu yang paling patriotik akan tetapi ia tiada kaitan dengan aliran politik. ia bergantung kepada iman dan amalan org itu sendiri.
ReplyDeleteaku dah mula rasa sangsi dengan persembahan patriotik di kalangan orang kita..
ReplyDeletenampak sangat kita masih jauh ketinggalan dengan mereka yang menyambut kemerdekaan negara mereka.
ghost, mungkinkah kerana cerita-cerita bahawa kita merdeka tanpa darah? hanya membawa bendera naik flight jumpa queen di london?
ReplyDeleteanom 11:42
ReplyDeletetapi DI MSIA, amalan dan iman seseorang SANGAT2 dipengaruhi oleh aliran politik kepartian.. lagipon lekat2 byk2 bendera lebih kpd bodoh bukan kpd patriotik.
byk maksud trsurat n trsirat dlm n3 cikli......syabas.
ReplyDeleteSebab kita sudah di tanam dengan fahaman patriotik= kibar bendera.. Part brek emergency tu memang takbuatla , karang kita plak yang kong sbb pemandu kita ni takleh caya.. Especially bila kat highway..
ReplyDeleteAnom,
ReplyDeleteyang pakai songkok dan kopiah sama banyak je yang pandu melulu.:)
masalah di tempat kita, ada manipulasi ke atas sikap patriotik kita.
NzA, yang tersurat adalah general. yang tersirat untuk yang makan lada. tq
ReplyDeletenur, patriotik sebenar adalah menolak rasuah.
ReplyDeletepemandu kita perlu banyak diberitahu lagi. banyak agensi kita ada.
PATRIOTIK kah menyuruh rakyat pakai/guna/beli barangan buatan Malaysia tapi menteri pakai/guna/beli barangan luar negara?
ReplyDeletePATROITIK kah dengan memakai baju merah Patriot namun ramai bangla 'import' yang memakainya?
PATROTIK kah terhadap Malaysia apabila 'Rakyat didungukan, Negara dibankrupkan'?
PATRIOTIK kah dengan hanya menyanyikan lagu Negaraku/jalur gemilang dsb..?
PATRIOTIK kah jika masih bermusuhan dengan warganegara (yang berlainan bangsa/bahasa/budaya)?
Salam Tuan,
ReplyDeleteKucar kacir masih menerobos dalam kehidupan sebenar masyrakat kita. Agama sering dipingggir-pinggir. Sedih
puteri, sajak yang amat bagus... or is it a comment. kah kah jangan marah.
ReplyDeletecikgu zam, berburu di padang datar. dapat rusa berbelang kaki. berguru kepalang ajar. bagai bunga kembang tak jadi.
ReplyDeletehaha... tak tahu la sajak ke komen tu..
ReplyDeleteentry tambahan kot?
haha
gua setuju ngan gedek..apahal gua asik setuju ngan orang tua tersebut
ReplyDelete