Klik untuk ke laman Kontest Aku Berpuisi |
Aku sendiri menyaksikan dari dekat
Sebuah kilang diruntuh dan di kerat-kerat
Bukan dek kesumat atau khianat
Tetapi ancaman kesejahteraan umat
Bukit Merah menjadi saksi
Kilang tempat mencari rezeki
Rupanya menjadi perosak generasi
Masa depan anak-anak dibayangi radiasi
Asian Rare Earth akhirnya tersungkur
Setelah puas marhaen menggempur
Dari Mahkamah Ipoh mara terus ke Kuala Lumpur
Barulah si rakus menunduk akur
RM60 juta belanja hangus
Bukan untuk membina, tetapi melupus
Setiap cebisan cermat diurus
Di Banjaran Kledang dikuburkan terus
Projek di Gebeng aku tak daya membantah
Tetapi orang kita bukan mudah lupa sejarah
Mereka tahu peritnya mengubat berbanding mencegah
Sudah serik ke lubang yang mereka pernah rebah
Aku bukan sengaja nak kepoh
Sememangnya aku pernah tinggal di Ipoh
Jadi, apabila mereka tanya tentang Lynas
Itulah cerita yang aku terlintas
marvelous!
ReplyDeletebiometrik next?
:D
mentang2lah cikli 'cik' kat depan.. semua dia tag 'cik'gu..
ReplyDeletesalam bro, puisi yang menarik penuh mesej kemanusiaan. Mereka yang berkeras kepada tetap kera hatinya jua~
ReplyDeleteCikli..
ReplyDeleteLangsung x tahu ttg ini.(me was bawah tempurung kot sblm ni)... And, betul ckp putri tu.. Biometrik next?.. Semoga berjaya!!!
bagaimana bisa aku bicara pasal biometrik jikalau aluur-alur jemari sudah botak di mamah radiasi ?
ReplyDeletebagaimana bisa aku mengundi?
aku mahu dakwat kekal!
kahkahkah
setelah saya di tag, saya kenapa berpuisi jugakah?
ReplyDeletego Cikli, puisi alam sekitar :)
:)
'telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)' - Surah 30 Ayat 41.
Cikli, telah ditag untuk berpuisi meluah perasaan...
ReplyDeleteNamun agak sibuk berpuisi 'kerja kuruuuusus akaun'
Insyaallah jika dilapangkanNYA
Biometrik? Dakwat lah!
multi talented la lu!
ReplyDeleteSalam kenal. Sangat indah dan cantik untuk diulas sebuah kenyataan depan mata. Tahniah!! kakak suka....:)
ReplyDeletemmg kreatif n layak sgt utk join.....gud luck.
ReplyDeletewah..cikgu
ReplyDeletesalam
ReplyDeletetetiba je gua setuju ngan puteri
"bagaimana bisa aku bicara pasal biometrik jikalau aluur-alur jemari sudah botak di mamah radiasi ?
ReplyDeletebagaimana bisa aku mengundi?
aku mahu dakwat kekal!"
LIKE
kami takmau patin gergasi..
ReplyDelete