Monday, August 22, 2011

'Seorang Tua Di Kaki Gunung' Telah Pergi

Kelmarin aku bercerita pasal anak kucing yang dibuang. Dipisahkan dari ibunya kerana ia pasti beribu. Hari ini aku membaca berita pemergian Tukya atau penulis prolifik Azizi Haji Abdullah.

Aku mula-mula mengenali Azizi Haji Abdullah melalui cerpen 'Kucing' nya yang kalau tak silap dibukukan di dalam antologi 'Cerita Seorang Seniman'.

Ceritanya berkaitan seorang bapa yang miskin, yang tidak dapat tidur semalaman kerana memikirkan tentang bagaimana dia mahu menghadapi hari esok.
.
Bapa ini ada isteri dan anak-anak yang yang perlu ditanggung makan pakai. Sekarang musim hujan dan isterinya baru bersalin lagi. Apa yang difikirkan adalah janjinya untuk menyerahkan anaknya yang baru lahir kepada sepasang suami-isteri yang tidak punya anak.

Dia bersetuju dengan cadangan itu kerana memikirkan kecukupan untuk mulut-mulut yang perlu disuapi dan juga memikirkan anaknya yang baru lahir bakal menempuh hidup yang jauh lebih baik jika dia sanggup menyerahkannya kepada pasangan yang berkali-kali merayu kepadanya itu.

Semasa otaknya ligat berputar dengan hujan lebat kedengaran memukul atap, dia melihat ibu kucingnya yang asyik mengiau dan mundar-mandir di dalam rumah. Sekejap ke lantai, sekejap naik ke atas alang. Kenapa? 

Lantas dia teringat kepada anak-anak kucing yang dibuangnya petang tadi. Kucing itu mengajarnya, jika ibu kucing pun meroyan separuh mati mencari anak, apalagi isteri dan anak-anaknya yang lain nanti apabila 'baby' kecil itu diserahkan kepada orang lain.

Lantas dia bertekad membatalkan perjanjian menyerahkan anak bayinya apabila hari cerah nanti.

Itulah kisah 'Kucing' Azizi Hj. Abdullah yang aku ingat-ingat lupa.

Penulis hebat yang juga seorang cikgu ini telah pergi menemui Allah di Ramadhan yang mulia ini kelmarin, 7.30 pagi di Hospital Besar Pulau Pinang. Semoga Allah mencucuri rahmat dan mengampunkan dosanya. Amiiin.

Al-Fatihah.

14 comments:

  1. Al-fatihah...
    Moga ditempatkan dikalangan mereka yang beriman....


    **
    Pernah juga novelnya dijadikan bahan belajar dalam satu subjek masa belajar dulu2...

    ReplyDelete
  2. Khususan ila ruhi Azizi Hj Abdullah al-fatihah...

    Gambaran betapa binatang pun tahu kasihkan anak, mengapa ada ibu sanggup membuang anaknya sesuka hati tanpa rasa bersalah... Na'uzubillah...

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah untuk roh Almarhum Azizi Haji Abdullah dan takziah kepada keluarga beliau.

    ReplyDelete
  4. Alfatihah...
    aku ingat cerpen tu...ya...

    ReplyDelete
  5. al-fatihah untuk seniman yang pergi.

    ReplyDelete
  6. Alfatihah....

    Gua pernah ada penagalaman bekerja sama dengan beliau... Agak lucu juga orangnya....

    ReplyDelete
  7. Alfatihah...
    Moga beliau ditempatkan dikalangan mereka yang beriman...
    Pernah baca buku ini.

    ReplyDelete
  8. Al-Fatihah buat Allahyarham. Dunia sastera kehilangan sebutir permata. Apa sahaja karya yg Allahyarham hasilkan mempunyai pengajaran yg amat bermakna utk memaknakan hidup.

    ReplyDelete
  9. Al fatihah semoga rohnya ditempatkan bersama orang orang beriman amin

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...