Wednesday, August 31, 2011

Sajak Dimuatnaikkan Semula Sempena Merdeka

Klik sini untuk ceritanya. AlFatihah untuk pahlawan kita. Polis yang jaga tu Melayu ke?
Di atas Jambatan Sultan Yahya Petra yang jem
aku memandang arus sungai yang mewarnai skyline Kota Bharu
sambil bertanya kepada Tok Janggut

Di atas Jambatan Sultan Mahmud yang gah
aku memandang pondok tol yang ditutup Hj. Hadi
sambil bertanya kepada Haji Abdul Rahman Limbong

Di atas flyover ke Ayer Keroh di Melaka
aku menyampah melihat billboard bermuka Ali Rustam
sambil bertanya kepada Dol Said

Di atas jambatan di Ranau setelah kepenatan memandu dari Tawau
aku berhajat singgah di kedai sup gadis Dusun bertudung yang cantik
sambil bertanya kepada Pahlawan Mat Salleh

Di tepi Sungai Sarawak dikala mencari gambir
aku asyik terkenangkan isterinya dan Taib Mahmud
sambil bertanya kepada Rosli Dhoby

Di atas Jambatan Sayong di Kuala Kangsar
aku membandingkan Zambry dan Nizar
sambil bertanya kepada Dato' Maharaja Lela

Di kala atas jambatan merentasi Sungai Rompin
aku cuba sedaya melupakan si Jarjis di New York
sambil bertanya kepada Datok bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau

Dikala makan lemang sambil merenung cerita "Bukit Kepong" di TV
aku terkenangkan Mat Sabu dan Jins Samsudin
sambil bertanya kepada Mat Indera

Benarkah kata mereka kita merdeka di meja rundingan tanpa setitis darah?
Kalaulah Mat Indera ada blog!

10 comments:

  1. dari pada lu terkenangkan isteri Taib Mahmud, baik lu terkanangkan kajol....

    Tanpa setitis darah? Jangan buat lawak bro.... kah kah kah!

    ReplyDelete
  2. waktu tu yang pakai kopiah serban dianggap berhaluan bawah tanah...

    ReplyDelete
  3. oh no
    cikli mau join Mat Sabu ke?
    habislah TV3suku datang nanti
    kompom meletup nama cikli pulak nanti
    sekarang nama Mat Sabu tak habis2 dijaja
    penat dah telinga ni dengar

    ReplyDelete
  4. Sejarah Yang Di Momokkan
    Adalah Mengikut Acuan
    Kini Acauan Baru Di Pasaran
    Tersentak Pencari Kebenaran
    Tersedak Pencacai Tiruan
    Semoga Terserlah Segala Kebenaran
    Sejarah In The Making.

    ReplyDelete
  5. gedek!- kanang anak langkau memang orang sarawak. marah betul dia kat mat sabu. kesian dia.

    kata mereka kita merdeka dimeja rundingan. sekaligus menafikan perjuangan mereka ini bro.

    ReplyDelete
  6. mohamad azhan - history was written by the victors.

    ReplyDelete
  7. puteri - mat sabu memang pakar sejarah. dari dulu telahannya selalu benar.

    ReplyDelete
  8. sot - komen bersajak yang bernas.

    ReplyDelete
  9. dale ayat sajak ni... terbaik r, kawe dapat input dia.. hari ini kita hidup berhutangkan darah pejuang dahulu..

    ReplyDelete
  10. akak kajol tu buat ketupat dengan lemang taun ni cicah budu ke..?

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...