Semoga ayahanda selamat di sana |
Di bawah panas mentari 31 Ogos, hari raya kedua, aku tunduk bertafakur di kubur ayahanda. Bacaan al-Quran aku tersulam memori bersama ayahanda. Memang aku anaknya yang hidup di perantauan ini merindui ayahanda, namun aku tidak pernah menuturkan ayat ini walaupun semasa ada hayat ayahanda.
Derap kaki makin jelas kedengaran, namun aku biarkan sahaja. Tiba-tiba kaki itu berhenti di tepi kiriku. Aku tidak mengangkat muka, hanya setia memandang kaki yang berselipar raya itu sahaja.
"Saudara...."
Aku masih tidak mengangkat muka.
"Saudara, kenapa saudara berteleku di kubur ayah saya?"
Aku tersentak. Lantas mendongak melihat tuan punya suara...
"Apa? Kubur ayah saudara?"..... "Apa ertinya semua ini?"
"Err..Wie. Mu ambiklah pulak payung ni. Nanti mu bagi kat Abe Lan deh. Payung dia ni... Aku nak balik dah ni..."
Aku menyerahkan payung kepada abang aku, blogger Pakmudo yang baru sampai. Huh! Sempat pula kami berKassim Selamat di kuburan ini. Aku harap ayahanda tak kisah dan tersenyum di sana.
tu kira ziarah menziarahi jugak tu..
ReplyDeleteok ape..
hehehe
xpe tu,semoga beliau aman di sana,amin
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Cikli & Famili
puteri - ziarah blog pun ziarah juga. cuma tak dapat minum oren dan duit raya.
ReplyDeletetasha - terima kasih, semoga raya tahun ni bermakna.
ReplyDeleteAl-Fatihah..
ReplyDeleteJejak kasih di kubur ke?
:)
Lucunyer...Selamat Hari Rayo Cik Li...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya mr CikLi..
ReplyDeletenampaknya samalah kita yaa..sama2 beraya di pusara ..cuma harinya yang tak sama..:)
innalillahiwainnalillahirajiun
ReplyDeleteSalam Cikli,
ReplyDeleteSELAMAT PENGANTIN BARU......EHH SILAP, HEHEHHEH, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK, SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN, KEREDHAAN, DARI ALLAH, AMIN AMIN AMIN.
al fatihah tuk mrka yg telah pergi meninggalkan kita..
ReplyDeletesalam alaik..semoga roh allahyarham tergolong dalam golongan org2 yg beriman..amin..
ReplyDeletep/s:ana follow blog enta..ana jumpa blog enta pada ruangan komen tentang penjajahan..jom ke blog ana..syukran..
salam aidil fitri, al fatihah kepada insan2 dah telah lama pergi..moga ruh dirahmati
ReplyDeletehihihi xpelah ,sedekah kpd semua yg telah pergi
ReplyDeletegua paling tersentuh babak kasim dengan mak mertua nonya mansur di kubur
ReplyDeletebab paling syok sarimah di atas katil ketika mendengar lagu si kasim di radio singapore
Cikli, ini Kassim Selamat versi 2011 :)
ReplyDeleteAl fatihah buat ayahanda Cikli juga..
ReplyDeleteal-fatihah...disebalik kesedihan trselit keceriaan..
ReplyDeleteMoga ayahanda tersenyum di sana~
ReplyDelete=)