Prof King Kong memang hebat. Hujahnya lunak, faktanya mantap. Dia memang pakar segala pakar. Ada saja masalah, dialah yang akan ke depan menghuraikan kekusutan tanpa diminta oleh sesiapa.
“Prof, kalau kita tak pernah dijajah, kenapa banyak pemberontakan timbul? Tok Janggut misalnya,” tanya seorang pelajar yang duduk di depan sekali.
“Ah! Itu pengacau sahaja. Setiap zaman pun ada pengacaunya,” Huih, mantop betul jawapan Prof King Kong, sesuai dengan fizikalnya yang besar dan tangannya yang berbulu.
“Kalau selama ini kita sekadar dinaungi British, kenapa sistem percukaian yang dikenakan terlalu membebankan, sehinggakan bukan Tok Janggut sahaja yang bangkit membela rakyat. Mat Kilau, Tok Gajah, Hj Abdul Rahman Limbong, Mat Saleh.......” Pelajar paling cun dalam kelas pula yang bertanya.
“Mereka ni tak tahu diuntung, mahu perkhidmatan yang baik, cekap, tetapi tak mahu bayar,” balas Prof King Kong.
“???????????????? Tak faham prof.... Perkhidmatan apa?” Ramai pelajar serentak bertanya.
“Haa.. Itulah kamu, baru tahu sikit-sikit dah nak mempersoalkan sejarah yang termaktub. Mereka sebenarnya menentang cukai PREPAID 6% yang dikenakan oleh pemerintah. Mereka ni beli kereta lembu boleh, kuda tukar setiap tahun, tapi cukai telefon prepaid tak nak bayar,” hurai Prof King Kong.
“Telefon prepaid? Biar betul Prof....”
“Itulah untungnya berada di bawah naungan dan perlindungan British. Revolusi perindustrian bermula di Eropah sejak kurun ke 19 lagi. Di United Kingdom pula tu. Jadi apabila dinaungi, kita dapatlah teknologi yang mereka bawa, termasuk telefon pra-bayar,” memang Prof King Kong tinggi betul mantik ilmunya.
“Tapi jikalau telefon dah wujud masa Tok Janggut, takkan tak ada bukti atau kesan sejarah yang dapat kita lihat pada hari ini?” Pelajar cun tadi bertanya lagi.
“Memang tak ada kesan sejarah sedikitpun. Kamu kena percaya sahaja cakap saya,” kata Prof King Kong sambil tersenyum riak.
“Kenapa?”
“Mereka gunakan teknologi WIRELESS”
takde pulak 'geng-geng grang' nak buat report polis pulak sebab tukar sejarah, kan....?
ReplyDeletegedek! - depa semua puak king coil.(berbelit-belit)
ReplyDeleteKing oh king..
ReplyDeleteTetibe lak kan terbelit2 isu ni..
Mat Indera etc..
Pastu prepaid lak ye..
Kesian kat budak2 belajo sejarah..
Fenin derang..
sepatunya zainal anak keling tu kena lucutkan kewarganegraaan. benggong betul, apa dia ingat british dtg utk buat lawatan sambil belajar.
ReplyDeletekesdian org tua brnama tengku abdul rahman. dah nyanyuk kot aritu hingga melaungkan merdeka
naik...naik dan naik....
ReplyDeletekesianlah golongan cabuk cam kami ni...
aiyahhhhhh
ReplyDeletesejarah wa sudah pining
manyak sedih ma.. wa dapat A sejarah dulu
nampaknya wa memang "A KENA TIPU!!!!!!!!!"
lagi wa pining sama itu kemerdekaan..
kalau talak penah kena jajah
mengapa sambut merdeka meh?
kena cong hidup2
itu king kong @kangkung ..menulis satu buku pun tak ada ... apa barang...
ReplyDeletepercaye je kat prof tu...sapa xcaye sesat...
ReplyDeletesemua org celik dah, semua info digoogle jer huhuhu..... tak yah la nak auta sana sini hehehe
ReplyDelete-genzo