Monday, September 5, 2011

Blues Anak Melayu 1 : Terdampar di Daerah Asing

Stesen kereta lipang Ledbury
Habis peperiksaan akhir, aku membawa diri ke Ledbury. Aku mengambil keputusan untuk tidak menghadiri upacara konvokesyen yang bakal diadakan 2 minggu lagi.

“Rugi bro, sekali seumur hidup,” kata Atuk, rakan kamcingku, separuh memujuk.

“Ye la, bila lagi nak pakai jubah dan topi macam tu,” Apip pula menambah.

Tapi tekadku sudah bulat. Sebulat buah gomak yang sudah lama aku tidak ketemui. Iklan kerja ‘fruit picking’ di Ledbury yang tertampal di Norwood House menjadi jawapan tepat sebagai alasan untuk aku membawa diri.

Dari Bath Spa, keretapi Great Western Railway membawa aku melalui tanah kelahiran Ryan Giggs, Wales sebelum berhenti di sebuah stesen yang berselirat dengan landasan keretapi yang telah aku lupa namanya. Di sana aku menukar keretapi dan meneruskan perjalanan yang memang memukau mataku dengan bukit-bukau yang berbagai warna dan rupa. Kadang-kadang keretapi melalui tepian tasik yang amat indah dengan air tenang kebiruan berlatar belakangkan padang ragut yang menghijau. Akhirnya keretapi berjaya membawa aku mendarat di tanah asing, Ledbury.

Di stesen keretapi Ledbury yang seakan steesen keretapi Bunut Susu itu, turun sahaja dari keretapi, aku terlihat kelibat 2 hamba Allah yang berkulit dan berhidung seperti aku.

“Assalamualaikum.... Melayu?”

“Waalaikumussalam.... Dari mana?”

Aku berkenalan dengan Rahim al-Putet dan Greng yang belajar di Cardiff University, Wales, yang juga berhajat untuk mencari pengalaman melakukan kerja memetik buah strawberi di bumi Ledbury. Siapa sangka, aku yang bermusafir berseorangan, kini telah bertemu dengan 2 insan Melayu di daerah paling asing dalam hidup aku. Ajal-maut, jodoh-pertemuan memang ketentuan Allah. Subhanallah.

Kami menaiki teksi untuk ke ladang tempat bakal kami bekerja sebagai buruh ladang. Di sepanjang perjalanan, aku terpegun kagum dengan keindahan ladang yang begitu indah semacam dalam cerita ‘Legend of the fall’, walaupun filem ‘Legend of the fall’ belum ada lagi pada masa itu dan Brad Pitt pun agaknya masih belum bersunat lagi time itu.

Ladang Ledbury sebenarnya berada tidak jauh dari stesen keretapi. Belum panas punggung, kami telah sampai di pejabat ladang dan disambut oleh seorang wanita 40-an yang aku agak mesti salah seorang pemilik ladang. Kami ditunjukkan kawasan untuk mendirikan khemah dan bilik air.

“At 6 o’clock in the morning, a pick-up truck will be here to take you to the field. So please be ready then,” wanita itu memberitahu kami. 

“ There’s only one rule,” tambah wanita itu.

“No campfire.”

 Kami hanya mengangguk-angguk macam Bangla yang baru kerja stesen minyak di Shell Batu Buruk.
.
.
***Kenapa aku tidak mencatatkan segala butiran perjalanan aku dahulu? 

19 comments:

  1. dulu Cikli belum ada blog. sebab tu xcatat.

    xpun sebab dulu sibuk sangat nak catat.. hehe..

    Cikli, pepatah terkini berbunyi:
    "menang tulis SEJARAH, kalah tulis PUISI"..

    Cikli semakin rancak menulis Sejarah (not his-story, but your-story) nampak.. :) :)

    ReplyDelete
  2. pernah bercita-cita utk berkelana memcari pengalaman spt ini...

    ReplyDelete
  3. puteri - ini baru mukaddimah. akan disambung sehingga rais yatim tulis puisi.

    ReplyDelete
  4. tasha - bermusafir untuk berfikir

    ReplyDelete
  5. tak sabar nak baca lebih byk lagi catatan pengalaman Cikli.

    ReplyDelete
  6. setuju ngn putri tu.. dulu cikli xde blog kan.. erm.. x sabar la nk tau cikli g konvo ke x.. huhu

    ReplyDelete
  7. jauh perjalanan luas pemandangan dan banyak pengalaman...so kita kongsi baca dn tumpang seronok

    ReplyDelete
  8. Setuju... tak sabar tunggu catatan yang seterusnya dari Cikli.

    ReplyDelete
  9. wahhh..jauh giler berjalan...brat pitt sekarang dah sunat ek..mana tahu ni..kifkifkif

    ReplyDelete
  10. ada minat mat saleh yang tersangkut tak???

    ReplyDelete
  11. hani@debumelukut - baca yang tersirat juga kak

    ReplyDelete
  12. hati zinnirah - suspen tu..hehe

    ReplyDelete
  13. nyanyisunyi - motivasi seorang penulis terbangkit

    ReplyDelete
  14. cikgunae - catatan di sabah pun ada lagi untuk dikongsi

    ReplyDelete
  15. bloghok - dalam fb angelina jolie haha

    ReplyDelete
  16. brutalsolo - kalau cerita tak suspen pulak

    ReplyDelete
  17. indahnya pengalaman, lebih indah pengalaman tu ditulis oleh orang yang kreatif seperti ini...

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...