Friday, September 9, 2011

Blues Anak Melayu 3 : Awan Nano

Masak apa tu?
Walaupun matahari tidak tegak betul-betul di atas kepala, namun cukup perit kulit aku dimamah bahangnya. Kalau di Guchil, udaranya lembap walaupun suhunya panas ceng-ceng. Di Ledbury ini, matahari summer tidaklah sepanas mana, semacam Cameron Highlands sahaja. Apalagi sesekali angin semilir datang menerpa. Woosshhh.... Nyaman bangat. Tetapi di Ledbury ini cuacanya kering. Cukup untuk membuatkan kulit Melayuku gatal-gatal.

“Adoiii...”

“Kenapa?” Greng berpaling ke arahku.

“Daun pokok ni menyengat la!” Aku menjawab sambil menggosok-gosok tangan.

Stinging nettle banyak kedapatan mencelah di antara pokok-pokok strawberi dan jika tersentuh, ouchhh... Memang menyakitkan.

(Stinging nettle is a dioecious herbaceous perennial, 1 to 2 m (3 to 7 ft) tall in the summer and dying down to the ground in winter. It has widely spreading rhizomes and stolons, which are bright yellow as are the roots. The soft green leaves are 3 to 15 cm (1 to 6 in) long and are borne oppositely on an erect wiry green stem. The leaves have a strongly serrated margin, a cordate base and an acuminate tip with a terminal leaf tooth longer than adjacent laterals. It bears small greenish or brownish numerous flowers in dense axillary inflorescences. The leaves and stems are very hairy with non-stinging hairs and also bear many stinging hairs (trichomes), whose tips come off when touched, transforming the hair into a needle that will inject several chemicals: acetylcholine, histamine, 5-HT or serotonin, and possibly formic acid.[2][3] This mixture of chemical compounds cause a painful sting or paresthesia from which the species derives its common name, as well as the colloquial names burn nettle, burn weed, burn hazel. – Sumber: Wikipedia, The Free Encyclopedia)

Aku mendongak ke langit, melihat hamparan halus awan yang kelihatan seperti taburan bedak Amami di papan karom. Begitulah awan nano setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi.

Aku terfikirkan kisah seekor pipit yang tak jemu-jemu memunggah air dengan paruh kerdilnya. Dia berulang-alik berbuat begitu untuk memadamkan api yang sedang membakar tubuh Nabi Ibrahim. Si pipit berusaha membantu menyelamatkan orang yang mengajak manusia ke jalan kebenaran berdasarkan kemampuannya. Dia cuba memadamkan api walaupun tahu ianya tak akan berhasil. Namun kehendak Allah siapa yang tahu.

Si pipit tidak mahu menjadi seperti cicak yang sedang galak meniup api yang sedang marak. Sebenarnya tidak berdegih sedikit rabut pun api dengan sebab tiupan cicak yang kurus kering macam cicak kubeng itu, namun perangai celaka makhluk ini cuba sedaya upaya membantu dan mengampu kekufuran Namrud. Sekaligus membantut usaha ke arah kebenaran.

Begitulah awan nano setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi. Walaupun awan nano sesaiz ten to the power of minus nine (10 kuasa -9), namun awan nano cuba juga berkhidmat untuk membantu manusia peasant yang seperti aku lakukan sekarang ini, yang kekeringan dibakar mentari summer Ledbury.

Awan nano tidak seperti nettle yang menyusup diam-diam di antara hijau daun strawberi yang sedang mekar ranum berbuah. Mengambil peluang menyengat apabila orang sedang leka dengan godaan merah strawberi berair di bawah hangat mentari.

Begitulah agaknya peranan golongan cicak dan nettle semasa PUTERA-AMCJA sedang hampir pasti berjaya membawa draf People’s Constitution sebagai permulaan untuk pemerintahan sendiri dahulu. Setelah draf ini ditolak oleh Penjajah Inggeris, PUTERA-AMCJA telah menganjurkan Bersih 0.0 HARTAL satu boikot ekonomi yang begitu mengesankan.

Begitulah puak-puak nettle menggigit dalam diam untuk merencatkan pergerakan PUTERA-AMCJA. Juga puak-puak cicak yang terus meniup kononnya untuk memarakkan api yang membakar Nabi Ibrahim yang sedang selesa diberi nikmat hawa dingin oleh Allah walaupun berada dalam api yang sedang marak. Entah berkesan atau tidak tiupan cicak-cicak itu, atau penjajah Inggeris itu sendiri yang sememangnya berdalih dengan mengistiharkan darurat pada 1948. Atas alasan memerangi komunis! Senang dan berlesenlah mereka untuk menangkap sesiapa sahaja yang tak sedar diri pandai-pandai nak menyebut merdeka padahal nak buat jarum pun tak reti.

(Ketika itu UMNO di bawah Dato Onn Jaafar tidak memperjuangkan kemerdekaan. Bahkan aktivis kemerdekaan sering diejek dengan kata-kata "nak buat sebatang jarum pun tak pandai, inikan mahu merdeka". – Petikan dari buku 5 Tokoh Gerakan Islam Malaysia m.s 21 ISBN:983-2553-36-9)

“Bro, dah berapa tray?” Aku berpaling. Kelihatan Rahim al-Putet sedang membawa tray ke pusat pengumpulan.

“Baru tujuh termasuk ni. Lu berapa suda?”

“Gua dah sepuluh bro....”

Huii cepatnya. Rahim al-Putet memang casligas. Macam Mat Indera dulu-dulu.

12 comments:

  1. Tak apa pipit walau setitik demi setitik membawa air bagi memadam api dari cicak yg mendecit tak sudah membuat kita pun kian parah. Mat Indera punya mentaliti dan stamina kuat. Nak cari 1 dari 1000 kini entahlah....cicak kobeng banyaklah....

    ReplyDelete
  2. walau sekecil mana pun bakti kita untuk kebaikkan dan utk Agama pasti akan dihitung kelak.

    ReplyDelete
  3. kakzakie - orang kat johor anggap mat indera semaacam tok janggut ke? atau pengkhianat macam ghani othman cakap?

    ReplyDelete
  4. nyanyisunyi - betul kak. tapi ramai pula yang nak jadi cicak. sebab cicak dok atas. atas siling. walaupun tunggang terbalik.

    ReplyDelete
  5. Wah cikli.. Ini entry yg kena baca bebetul.. Sekali blum dpt catch meaningnya.. Dua kali pun blm lagi..

    ReplyDelete
  6. kak nur - kena baca dari siri blues anak melayu 1 dan 2 baru paham kot.

    kalau tak faham juga, nampaknya saya kena pi kursus menulis cerita pendek. hihi hajat hati nak jd macam Allahyarham Azizi Hj. Abdullah. AlFatihah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Amin.

    ReplyDelete
  7. amboi cikli.. sempat lg nyanyi awan nano.. hehe..

    ReplyDelete
  8. mybe sebab tu la cicak sunat di bunuh ehhhh... baru tahu cter ni..huuuu...

    ReplyDelete
  9. salam
    awan nano bukan lagu blues...
    gua kulit melayu yang tak tahan panas tambah pulak najib kata dia tak lulus kenaikan cukai telco

    ReplyDelete
  10. vampire - apa yang didengar dan dibaca macam tu lah.

    ReplyDelete
  11. brutalsolo - apa lu bising ni, bersyukurlah kita merdeka dari dulu. tak pernah dijajah.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...