Saturday, September 24, 2011

Jahil Teropong

"Hebat betul Mahmoud Abbas," seorang pengkagum Doktor Mahathir bersuara lantang.

"Berani betul dia minta keanggotaan penuh PBB walaupun berdepan veto Amerika, bukan macam Hamas, bukan macam Ismail Haniyeh," tambah dia lagi yang menerima apa sahaja yang dipaparkan di TV dan apa sahaja yang ditulis di Utusan dan Berita Harian.

"Kagum betul aku, mana ada pemimpin Islam yang berani macam ni," dia masih melampiaskan kekagumannya.

"Siap baca Quran lagi di hadapan ribuan hadirin yang bukan Islam... Hebat!"

"Bro! Mahmoud Abbas tu cakap Arab, bahasa dia, bukan baca Quran...."

Tak tahu apa-apa, nak komen hal-hal politik. Layan Tasik Kenyir lagi baik. Tinggalkan telefon, TV, surat khabar dan internet. Layan.....

Jeti Pulau Sah Kecil  Besar

Di Air Terjun Sauk

Jom pulang...

Keselamatan diutamakan

Kawan baru Sasha. Dari kiri, Azimah, Azhar dan Azizah

Yang penting Yong, Sasha & Talhah happy

6 comments:

  1. bestnya jejalan... lom pnah sampai lagi tasik kenyir~ =)

    ReplyDelete
  2. bercuti,,,bgslah,dpt tenangkan diri.

    politik jgn dilayan..kih3

    ReplyDelete
  3. Apa yg berlaku di Tanah Melay bakal berlaku di Palestin. Di Tanah Melayu, anak angkat British sahaja dibenarkan berpolitik dan anak angkat benama UMNO itulah yg dinobatkan sebagai wira kemerdekaan.

    Di Palestin pula Mahmoud Abbas dari Fatah adalah anak emas Barat. Hammas yg pro- islam pula dianggap ancaman kpd Barat sbb tu kemenangan Hamas dlm pilihnaraya palestin dinafikan.

    ReplyDelete
  4. Saya sampai setakat sekayu jer. Ada adik ipar ajak tidor di Tasik Kenyir, best katanya, tapi saya takut........ air.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...