Tuesday, September 13, 2011

Selamat Menempuh UPSR Anak-Anak. Cuba Soalan Ni...

Akmal, The Peace Maker
Selamat berjaya untuk semua anak-anak sekolah yang akan menduduki UPSR hari ini. Termasuk adikku (Adik Kajol) Ain, anak saudaraku Fahmi (dalam gambar sedang bergaduh) dan seorang lagi anak saudaraku yang paling hensem Adnin.

Mari kita test sama ada anak-anak sudah bersedia atau tidak.

Contoh:

1. 31 Ogos disambut oleh rakyat Malaysia kerana...
A. Hari Raya Aidil Fitri ke2
B. Tajuk lagu Allahyarham Sudirman Hj. Arshad
C. Hari kita bebas daripada penjajahan asing
D. Hari kita tidak lagi bernaung dengan Kerajaan British

2. Ali telah membeli 'starter pack' kad pra bayar sebuah syarikat telco berharga RM10. Nilai yang ada di dalam kad tersebut adalah RM8. Cukai yang dikenakan ke atas prepaid adalah 6%. Berapakah nilai yang telah dikelepet oleh syarikat telco daripada Ali?
A. RM2 sahaja kerana cukai 6% dah ditangguhkan.
B. RM2.60
C. Kelepet tu apa bang?
D. RM0.60

Cukuplah 2 soalan. 

Selawat banyak-banyak semasa menjawab soalan. Pakcik dulu tak ambil UPSR tetapi PPDL (Peperiksaan Penilaian Darjah Lima). Darjah 6 masa dulu tu kira tahun honeymoon je la.

Eh! hari ni juga Salsa dan Yong ada ujian OTI 5. Semoga berjaya sayang.

Good luck little dudes & dudettes

13 comments:

  1. Wah hero2 tu sedang bergaduh ker.

    Sekarang ni banyak soalan bocor nampak.

    Saya juga doakan semoga anak-anak/cucu? yang menduduki peperiksaan UPSR boleh jawab semua soalan.

    ReplyDelete
  2. Selamat berjaya dlm UPSR anak2 sekelian. Jawablah jawaban yg dikehendaki pihak pemeriksa supaya dapt 5A.

    ReplyDelete
  3. senang jer soalan2 ni heheeh...nak lagih
    -genzo

    ReplyDelete
  4. kelepet tu ape bang?? ---> keliru nk jawab

    ReplyDelete
  5. Salam Cikli,
    Apa khabar? harap sihat walafiat selalu deh.
    Semoga anak-anak tuan sentiasa dapat menjawab soalan dengan baik, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  6. Cikli, soalan aplikasi Aras Tinggi ni...

    ReplyDelete
  7. soalan tak lulus kat kementerian :P

    ReplyDelete
  8. bloghok- cara penulisan lu nak sama dgn dia. bersahaja, ringkas, penuh makna dan full of spelling errors sana-sini kif kif kif

    sori bro. blog dia ada kat bloglist sini.

    ReplyDelete
  9. ho.ho.ho...soalan bocor Maths UPSR ni...jwb jgn xjwb...

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...