Monday, September 26, 2011

Jangan Karam Lagi, Karpal

Gambar oleh Mr. Sofee
Kau tak habis-habis cakap benda yang kau tak mahu dan kau tak tahu.

Kalau tak mahu, memang seribu dalih.

Kalau tak tahu, sepatutnya kau diam dan baca buku. Bukan meracau tak tentu kalu!

Kalau ada kawan-kawan Melayu seperti Muhyiddin Yassin dan Mat Maslan yang tak mahu hudud itu kita amat faham kerana hudud ter’applicable’ ke atas mereka. Itupun jika mereka mencuri, merompak, merogol, menzinah, membunuh dan mensyirik jalikan Allah dengan menukar syahadah. Jika mereka tak buat semua tu, tak ada apa nak ditakutkan.

Kalau kau tak buat dan tak terlintas pun nak buat perkara jahat tu, buat apa takut. Orang yang terbukti membunuh memang patut dibunuh balas. Itulah hudud. Undang-undang yang ada sekarang pun begitu.

Hudud sebahagian daripada undang-undang Islam. Lain-lain hal seperti parking kereta, melanggar lampu merah, potong double line, menampar orang, menipu, skodeng, melarikan anak dara orang, melarikan diri dari lokap, tak pergi sembahyang jumaat, tak letak tanda harga, jual ayam atas harga siling, sorok gula, tipu timbangan getah sekerap pun ada undang-undang dia. Ada takzir, ada qisas. Yang mana sudah baik dan elok tu pastinya di’maintain’. Mana yang tak elok diperbaikkan untuk menjaga kepentingan ‘pelaku’ dan ‘mangsa’. Yang mana belum ada, diadakan. Inilah keadilan, inilah Islam.

Untuk bab yang tak puasa, tak sembahyang jumaat, tak berzakat, orang seperti Karpal, rakan saya yang bijaksana ini akan dikecualikan kerana belum Islam.

Sepatutnya sebagai seorang lawyer terbilang, tuan Karpal yang bijaksana tidak perlu karam risau memikirkan kepada hukuman. Hukuman hanya untuk orang yang bersalah.

Tuan Karpal yang bijaksana sebagai lawyer sepatutnya risaukan proses pengadilan. Bukannya hukuman. Proses keadilan inilah yang menjadi keutamaan undang-undang Islam, tuan Singh.

Tidakkah tuan yang bijaksana tahu perlantikan hakim dalam Islam pun perlu mematuhi syarat-syarat tertentu termasuk takutkan Tuhan, iaitu tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan dalam melakukan dosa kecil.

Mana mungkin hakim yang takutkan Tuhan ini terlibat dengan isu-isu rasuah, correct-corect, bercuti ke luar negara dengan lawyer, tak adil, berat sebelah, pilih bulu, pilih perempuan, berzina, melanggan pelacur, mabukkan diri ....

Kalau tuan seorang pejuang demokrasi, Islamlah juara demokrasi, kalau tuan pejuang keadilan, Islamlah penganjur keadilan, kalau tuan pejuang kebebasan, Islamlah yang merobohkan tembok pengabdian sesama manusia.

Jadi tuan yang bijaksana, tunggu apa lagi? Segeralah ke mana-mana kedai buku yang berhampiran untuk mencari bahan bacaan berkaitan.

Apa yang tuan takutkan sebenarnya? Islam, orang Islam, agama, negara, sekularisma, hudud, qisas, takzir, taakhir? Taakhir itu sembahyang yang disatukan iaitu Zohor dan Asar dalam waktu Asar dan Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak, bukannya undang-undang. Sebab itulah saya anjurkan tuan ke kedai buku. Maksudnya tuan tak boleh merapu tentang perkara yang tuan tak tahu hujung pangkal. Seperti saya yang tak pernah berniat nak merepek tentang Sikhism kerana memang saya tak pernah study apa-apa mengenainya. Adil ?

Jika tuan yang bijaksana telah baca, tahu, faham, dan masih dapati Islam ini hodoh, tak adil, korup, outdated, tak cool. Masa tu tuan nak cakap apa pun, cakaplah. Cakap tuan tak akan memberi kesan sedikitpun kepada agama Allah ini. Tuhan yang menjadikan saya dan tuan.

Keberanian bukanlah berdepan untuk bertekak dengan backbenchers atau Ibrahim Ali dalam Parlimen atau dengan Pegawai Pendakwa di Mahkamah. Keberanian sebenar ialah berdepan dengan diri sendiri dalam mengawal krisis akal dan nafsu demi mencari kebenaran yang tak akan berakhir sehinggalah ke hari kita dimatikan untuk menemui Pencipta kita.

Ingatlah hari dimana tak terpakai 'benefit of the doubt' kerana yang berhujah bukanlah mulut dan otak kita, tetapi anggota-anggota tubuh badan kita termasuk kulit dan kepala lutut.

Sebab itulah Islam tidak memandang warna kulit. Dan Islam pun bukan untuk warna kulit tertentu sahaja. Oleh itu tuan, sebelum kepala lutut tuan bercakap menjadi saksi di hadapan Tuhan Yang Maha Agung, janganlah berfikir dengan kepala lutut.

Islamlah, nescaya kamu selamat.

12 comments:

  1. Biarkan Karpal Terjun Dengan Labu2nya.
    Hukum Allah Tidak Akan Berubah.
    Ia Sesuai Untuk Manusia Dulu Kini Dan Selamanya.
    Sangat Fitnah Kalau Di Kata Ia Tidak Sesuai Lagi Sekarang Ini.
    Di Muzium Melaka Aku Lihat Hukum Hudud Berjalan Pada Zaman Kerajaan Melaka Suatu Ketika Dulu.
    Pabila Hukum Allah Di Tinggalkan Maka Kerajaan Yang Hebat Pun Merundum Jatuh.
    Hukum Allah Tetap Tidak Berubah.
    Manusia Yang Berubah Dan Menyalah Gunakan Akal Yang Di Beri Allah.

    ReplyDelete
  2. Cikli,

    Yang hairannya ada manusia Islam di Malaysia yang sama tahap fikirannya dengan Karpal.
    Malah menangguk di air keruh...

    ReplyDelete
  3. Ramai yang tak faham dan takut tak bertempat...

    ReplyDelete
  4. mantop meli....
    -genzo

    ReplyDelete
  5. Kakak tak heran yg singh tu tak faham taakhir cikli tapi yg herannya mamat-mamat yg kononnya pejuang tak faham apa itu taakhir apa itu takzir; itu yg takut bebenar dgn hudud. Kalau tak buat salah kenapa takut!! Berjalan jauh selalu tapi dek kerana tak pernah buat solat jamak itu tak dapat nak bezakan. Kakak harap sangat ramai yg baca N3 ini cepatlah celik.... sampai bila lagi kita nak berubah....:(

    Kalau nak cakap bab ini rasanya hujah tak habis-habis...

    ReplyDelete
  6. masa duk kat hospital selayang baru ni, abah ada sembang dengan sorang india yang berumur 79 tahun...dia btl2 menghormati Nik Aziz dan Tun Abdullah..

    ReplyDelete
  7. Kalau Karpal tak faham, itu boleh kita maafkan tapi kalau mahathir yg tak reti itu banggang namanya.

    ReplyDelete
  8. Salam Cikli.
    Org bukan islam menolak hudud krn kejahilan. Org islam yg menolak hudud pula kerana mrk 'bertuhankan' syaitan

    ReplyDelete
  9. salam bro
    sebenarnya para alim dan ilmuan terdahulu telah ribuan tahun berbahas bab hukum hudud ini,untuk yang bukan islam hukum hudud terletak kepada keputusan hakim .sama ada orang itu layak di hukum dengan hudud atau tidak..sekiranya di dapati orang faham akan hukum hudud,dan ada ciri ciri yang membolehkan di hukum... maka hakim akan memutuskan orang itu boleh dihukum hudud.. jika tidak faham dan layak maka hakim akan memutuskan sebaliknya......nice post bro teruskan

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...