Bersama Rahim al-Putet di luar khemah |
Walaupun Jun suasana di UK sudah hangat, tetapi bila tidur dalam khemah di tengah padang, kesejukkannya semacam menjamah hidung kucing! Teramat payah untuk aku memejamkan mata, sekejap mengiring, sekejap terlentang. Tak tahu apa nak buat, aku menyalakan lampu dan membaca buku Huckleberry Finn yang sudah lama aku beli tapi masih belum khatam. Puas membaca, aku mencapai dompet. Dompet ku buka. Dalam samar cahaya lampu bateri, senyuman si dia yang sentiasa menemani aku di dalam dompet jelas kelihatan. Senyuman si dia lah yang mengulit aku ke alam mimpi dibuai hawa dingin ladang Ledbury.
Summer time, malamnya terlalu sekejap. Usai solat subuh, aku bersiap untuk ke ladang. Sengaja aku beli khemah yang besar dan tinggi agar senang aku bersolat di dalamnya. Greng dan Rahim al-Putet pun dapat tumpang solat di dalam khemah aku. Kiranya khemah aku yang paling grand di situ, ala-ala khemah Muammar Ghadaffi sahaja!
Pukul 6 pagi, aku, Greng, Rahim al-Putet dan beberapa orang lagi buruh ladang di bawa menaiki hilux. Kami yang bersesak-sesak berdiri semacam kaler Luna di belakang hilux kadang-kadang melambung kerana keadaan jalan ladang yang tidak rata.
Di ladang, kami diberikan bekas plastik untuk mengisi strawberi. Upahnya 10 pence untuk satu bekas. Penuh sepuluh bekas, dapatlah 1 pound.
Mula-mula mengutip, hampir tiada strawberi yang masuk ke dalam bekas, semuanya masuk ke mulut! Siapa dapat tahan nafsu melihat fresh strawberry yang merah berair sebesar separuh penumbuk? Kah kah kah. Godaan beb.
Di ladang itu, aku berjumpa lagi dengan 2 orang Melayu. Mereka sepasang suami-isteri yang masih belajar.Mereka telah beberapa hari di sini. Kagum aku melihat pasangan suami-isteri muda ini tekun mencari wang walaupun semacam buruh paksa di ladang orang putih ini.
Aku dan Rahim al-Putet berlumba-lumba siapa cepat mengutip strawberi. Mula-mula mencangkung, lenguh mencangkung, merangkak, lenguh merangkak, ala-ala rukuk, letih rukuk, berlunjur. Memang kerja mengutip strawberi ini tidak ergonomik langsung. Akhirnya aku tergelak apabila melihat Rahim al-Putet mengutip strawberi sambil meniarap.
Aku melihat ladang yang luas terbentang. Begini indah dan nyaman negara ini, orang putih British ini masih bernafsu besar mahu menjarah negara orang lain yang berada nun jauh beribu-ribu batu di timur. Beratus tahun mereka menjarah dan mengikis hasil masul Tanah Melayu, sehinggakan fikiran orang Melayu pun ramai yang telah mereka jajah dengan beer, whisky dan cider mereka. Hinggakan orang Melayu ramai yang tidak yakin untuk memerintah sendiri negara mereka tanpa buku kitab perundangan celupan British.
Apabila memikirkan itu, Rahim al-Putet yang sedang memetik strawberi sambil meniarap itu aku lihat tak ubah semacam Mat Indera yang sedang bersiap siaga untuk menggempur pegawai British dan tali barut mereka yang sedang ketawa berdekah-dekah kuat sambil mentekedarah perahan anggur peram sambil melagakan gelas!
yang betul berjuang tak di hargai..
ReplyDeleteyang duduk semeja dengan mat salih dikata berjuang
brutalsolo - dulu gua ambil geografi, gua tak pandai sejarah.
ReplyDeletestrawberry cicah coklat tu sedap..hilang stress jap...
ReplyDeleteisk.. terliur la plk nk mkn strawberry lps bace post cikli ni.. huhuhu
ReplyDeletemenarik entry ni. kisah mat indera perlu dipost mortemkn. sejarah perlu dikaji agar kebenaran dpt ditegakkan.
ReplyDeletedan semua pihak kena akur, terdapat nama2 tertentu yg cuba dipadam dan dipendamkan dalam teks sejarah. ustaz abu bakar al-baqir berjuang sejak 1934 dgn menubuhkn madrasah ihya as-sharif dan kemudian menubuhkan hizbul muslimin. tapi ia diharamkan oleh britis hatas alasan ustz abu bakar itu komunis atau tentera merah. malah dato onn sndiri tuduh ustaz abu bakar al-baqir sebagai ancaman dgn label bahaya dari gunung. begitu juga dg ndr burhanudin al-helmy. dia juga pejuang kemerdekaan tapi namanya seakan2 dipadam dan dipendam
Mat Indera hero Malaya yang di khianati oleh kawan sendiri...
ReplyDeleteNzA - cicah coklat dah jadi exotic tu
ReplyDeletehati zinnirah - dulu di sabah, kalau lalu kundasang mesti cari strawberi.
ReplyDeleteshameel - saya setuju tu.
ReplyDeletesejarah kemerdekaan dalam buku teks menafikan perjuangan orang terdahulu semata-mata nak mengiyakan kita merdeka tanpa darah di meja rundingan. tak macam indon.
miecyber - zahrain dan zul nodin ada di setiap era dengan versi sedikit berbeda.
ReplyDeletekan bagus suami isteri macam tu,bekerjasama senang susah..kifkifkif..
ReplyDeletemimpi ape tu cik li sampaikan terasa mlm menjadi sekejap..kifkifkif...
lawak
ReplyDeletepetang tadi dengar radio Malaysia Kedah
sekali slot berita, xsempat nak tukar channel
dengar je lah apa yang pembaca berita nak membebel.
sekali ada pula part menarik:
"rakyat diminta tidak mempercayai kepada fakta sejarah yang telah diubah oleh pihak tertentu,".
HaaAA! apa lagi! jangan dipercayai SEJARAH terutama dalam buku teks sebab FAKTA TELAH DIUBAH PIHAK TERTENTU (baca: Be-End)!
Cikli,
ReplyDeletePerkara sebenar semakin terserlah...
Ramai yang dok godek2 semula kisah Mat Indera
Itulah, semuanya mereka nak kawal...
Buku teks sejarah baca untuk jawab exam...
bagus Mat Sabu.....skrg rakyat celik sejarah pulok, korek jgn tak korek....
ReplyDelete-genzo
putera indera mahkota manakah yang available for me...? hehehehe.... (kuar topik jap)
ReplyDeletetiba-tiba gua minat sejarah....
ReplyDeletebloghok - suami isteri patut begitu.
ReplyDeletedah memang siangnya datang awal bro. tak sempat mimpi indah. kif kif
puteri - setiap coin ada 2 sides. depend kat site mana kita pilih.
ReplyDeletekalau tuan puteri sudi, ambo buleh ngejah no. 2 mat sabu. kif kif kif
cikgunae - eloklah bila masing-masing mula nak mengkaji dan berfikir.
ReplyDeletegedek! - kita pun bahan sejarah cumanya siapa pembaca dan pengkajinya.
ReplyDeletegenzo - teringat cikgu kita kat marakb dulu. cikgu suddin ngajar sejarah masa form 3. cara dia sebut umno=amnu.
ReplyDeletecikgu asmah ngajar masa form 1, masa form 2, cikgu ramlah ngajar sejarah. semua cool.
masa form 4 & 5, aku ambil geografi instead of sejarah. geografi tak pernah menipu.