Friday, August 26, 2011

Selipar Jepun Aku Masih Elok Lagi, Dia Dah 3 kali Tukar

CPR SPR Sucks
Aku ke Jepun pada pertengahan 2009.

Masa tu PM Jepun, Taro Aso.

Bila aku pulang ke tanah air, Umno Barisan Nasional Jepun kalah dan Pakatan Rakyat Jepun mengambil alih, lalu Yukio Hatoyama dari parti PKR Jepun dilantik sebagai PM baru.

Baru sembilan bulan, Hatoyama terpaksa meletak jawatan PM kerana janji pilihanraya berkaitan penempatan askar US di Okinawa. Beliau digantikan oleh Naoto Kan yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan semasa itu.

Sekarang, Naoto Kan pula letak jawatan. Siapa ganti? Aku tak tahu lagi.

Di Jepun, PM mereka bertukar lebih kerap daripada aku menukar selipar jepun atau berus gigi systema.

dah dah...azan dah.... mana kurma?

12 comments:

  1. suka pakai selipar jepun..selesa w.pn xcantik...pernah trpakai selipar jepun ke sekolah..ALAMAK!!!! haru bila anak2 murid garu2 kepala.....

    ReplyDelete
  2. nza- nasib baik tak terpakai terompah. kletung kletang satu sekolah.

    ReplyDelete
  3. DIA JEPUN SEKADAR NAMA TAPI TAKDE SEMANGAT SAMURAI..KESIAN LER SAPA Y GANTI DIA NANTI...KIFKIFKIF...

    CIK LI ORG GANU RUPENYER..KEJE KE KAT GANU?

    ReplyDelete
  4. bloghok,
    cikli keje kat ganu
    asal klate
    (jurucakap, hehe)

    ReplyDelete
  5. he ada orang dah jawab la...

    ReplyDelete
  6. Baguslah bila sedar diri tak berkeupayaan. jangan asyik nak tongkat dunia jer.

    ReplyDelete
  7. Singgah sebelum cuti raya, aku lebih suka berkaki ayam....hehehehe..lapar2 leh gak buat sup kaki ayam...

    ReplyDelete
  8. Ada pulak Umno Barisan Nasional Jepun dan Pakatan Rakyat Jepun?

    Hahaha!

    berus gigi systema tu untok orang kaya je tau...!

    ReplyDelete
  9. Tukar berus gigi dan kasut byk kali da...PM Msia bila lagi ni....

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...