Sunday, August 7, 2011

Kalau Cinta Jangan Kacau, Kalau Sayang Tak Perlu Marah, Kalau Ikhlas...

Kalau ikhlas, tak payahlah nak pertikai pengemis atau peminta sedekah yang kita dah bagi seringgit tadi betul-betul miskin atau betul-betul cacat. Dah bagi tu sudahlah, dia dengan Tuhanlah. Apalagi kalau kita tak bagi apa-apa. Dia bukan menipu juta-juta dengan bayaran komisyen itu-ini.

Senang cakap, 'ikhlas' ni mengikut kawan aku Ustaz Adam seperti kita makan. Makan mee ke, makan nasik ke, makan Kenny Rogers ke, kita tak pernah pertikai bentuk atau rupa najis yang kita buang! Redha je la!

17 comments:

  1. akak pernah gak marah2 bila rasa ada orang yg pura2 mengemis...tapi betul jugak yer kalau difikir2..kita ikhlas memberi, yg menipu tu dia, biar dia aje yg jawap nanti..kubur masing2 kann..

    ReplyDelete
  2. Haha.. Part mkn mcm mcm dan hasilnya tinja yg tak mcm2.. Nice one.. Kopi lagi secawan..

    ReplyDelete
  3. kak hani, saya tersentuh apabila ada blog yang memaparkan gambar pengemis yang tiada kaki (kudung) yang dikatakan menipu kerana sebenarnya dia ada kaki palsu yang dicabut apabila meminta sedekah.

    bagi saya kalau kita boleh belanja kawan yang ada gaji 5-6 ringgit utk sekali makan, kenapa lokek sangat utk memberi kepada yang mengharap.

    ReplyDelete
  4. nur, itu kelebihan mantik ustaz adam yang super cool.

    ReplyDelete
  5. kalau dah bg bek ikhlas,diam...kalau xnak bg pun sme...jgn mgata,bsng2

    ReplyDelete
  6. Cikli, mantik ustaz Adam tajam...
    Renungan untuk diri saya yang kadangkala keihklasan tercalar mengetahui 'sumbangan tidak seberapa itu' tidak diguna seperti diharapkan...
    perlu berubah... ikhlas!

    ReplyDelete
  7. Salam Tuan Cikli,
    Ye betul tu, walaupun kita sedia maklum ramai yang menipu dan satu sindiket untuk kutip sedekah, tapi andai kate kita telah beri maka redha je lah. Biarlah dia dengan Allah sahaja dalam soal kebenaran. Ohya, menarik saya baca kisah anak tuan sebelum ni. Wahhhh, teringat masa ayah saya berkhidmat sebagai tentera suatu ketika dulu di Kem Lok Kawi, selalu kami ke pentai tanjung aru pada ketika itu. tapi semuanya dah berlalu dan sangat lama. Kenangan itu amat indah. Dah juga kisah tuak tu, geram juga saya baca, minta sampaikan salam pada si B tu, huhhhhh berani die cakap macam tu.....

    ReplyDelete
  8. lagu kalau2 ye cikli...

    kalau padi kata padi
    tidak aku tertampi-tampi
    (lagu Safura kot?)

    Cikli, has been tagged @ http://puteri88.blogspot.com/2011/08/contest-aku-berpuisi-rintihan-jiwaku.html

    ReplyDelete
  9. Salam CikLi...hehehehe...bagi sedekah tu sebab nak membersihkan harta kita dan mendapat pahala, kalau taknak bagi jangan diherdik dia, kalau diberi cuba ikhlaskan harap Allah terima. Kalau tak puas hati jugak report je jabatan kebajikan masyarakat...kan ke menteri kebajikan masyarakat kita perihatin....

    ReplyDelete
  10. Cikli...
    Bulan Ramadhan ni, InsyaAllah hati kita akan lebih tersentuh untuk lebih banyak memberi... rajin2 bersedekah.. lepas beri bo ingat lagi.. InsyaAllah ada nilaiannya di sisi Allah..

    ReplyDelete
  11. kdg2 nk derma tfikir jgk
    'dorang nie betul2 uzur ke?ke buat2 uzur.'
    tapi rase baik derma je dgn hati ikhlas.kalau diorg menipu,tu antara dorg dgn Tuhan.kan.

    ReplyDelete
  12. yup betul ,kalau mempersoalkan dan tak ikhlas

    ReplyDelete
  13. setuju~

    kita bagi dengan niat kita ikhlas...
    itu hal dia dengan Allah...
    jika menipu...
    dia tanggung~


    ysng penting pahala kita dpt...
    janji ikhlas~

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...