Sedang aku dan abang rancak berbual di muka pintu kedainya, kami melihat seorang sedang membawa suatu bungkusan.
“Apa abe Aziz tengah buat tu?” Abang tertanya-tanya. Pelik dengan tingkah laku abe Aziz barangkali.
Kami terus memerhati.
Meow. Meow. Meow.
“Laaa... Dia buang kucing di sini rupanya,” kata abang.
Kucing tu pada pandangan aku masih bayi. Masih dalam empat puluh. Berjalan pun masih tergangkang.
“Tak patut!” Komen aku, macam komen dalam blog sahaja.
Aku melihat abang. Dia melihat aku. I think, he is thinking what I am thinking. Suasana menjadi terang-benderang. Ada mentol menyala di atas kepala kami. Lantas kami gelak lagak lanun yang baru selesai menanam harta.
Malam itu, selepas soter (solat terawih) kami memulakan ‘operasi’. Abang mencepong anak kucing sementara aku memandu kereta menghala ke rumah Abe Aziz. Penuh berhati-hati, abang letakkan anak kucing di atas tangga batu rumah Abe Aziz. Setelah operasi selesai, kami singgah kedai makan, pekena colek kerang.
*****
Abe Aziz membuka pintu rumah untuk memulakan hari yang ceria.
Meow. Meow. Meow.
“Eh!” Abe Aziz terkesima sekejap.
“Bukankah abe dah buang kucing tu kemarin?” Isteri abe Aziz bertanya (Kelmarin = semalam).
“Ya... Macam mana dia boleh balik?” Abe Aziz masih terpana dengan keajaiban yang berlaku di depan matanya.
“Kakak baca dalam buku, kucing ni pandai cari jalan balik rumah, ayah. Dia boleh cam rumah tuan dia,” anak abe Aziz yang sedang mengikat tali kasut menyampuk.
Abe Aziz dan isterinya termenung. Rupanya benar kata orang bahawa kucing pandai mencari jalan balik ke rumah walau jauh macammanapun kita buang mereka. Kalau anak kucing kecik dalam empat puluh yang masih jalan terngangkang pun pandai balik, apalagi kucing yang sudah reti menangkap tikus!
Biarkan hidup mereka diselubungi misteri.
*** Kisah ini hanya benar setakat bahagian orang buang kucing sahaja. Lain-lain hanyalah impian penulis yang tak kesampaian.
ha'ah kan...betol...buang la jauh mana pon,nnti dia dtg balik...
ReplyDeleteemm tp kalau buang sampai ke oversea xde la nk balik da..haha
Salam Cikli,
ReplyDeleteKesian pada kucing itu. Kucing oh kucing.
"meow..meow..." Ah Hock mengaru-garu kepala yang tidak gatal sambil memandang aku...
ReplyDelete"Maghi(datang) mana pulak anak kucing ni...tadi tak dak...?"
haha.. soter..
ReplyDeletememang bijak kucing tu- detik Abe Aziz dengan nada menyesal..
zaman sekarang ada kes ibu buang anak dan ada juga kes anak buang org tua ke rumah seri kenangan.
ReplyDeleteOrang cakap, kalau nak buang kucing, buang kat tempat yang dia mudah dapat makanan...supaya hidupnya sejahtera tidak teraniaya
ReplyDeletetetapi, orang yang buang bayi, buang kat merata-merata tempat saja
haha..kucing pon nk kasih syg jugak cm manusia..xnk dibuang di merata2..
ReplyDeletekucing bila berusia 2 bulan baru bercerai susu..Jadi kalau kurang dari tu usia anak kucing, jgn lah main buang gitu saja, kesian kann..
ReplyDeleterindu ke (arwah) kucing kawe!!!
ReplyDeletehuu
ade orang cakap. kucing kita potong misai dia sikit, kompom ingat rumah kita aka jalan balik.
ceritanya begini.. kucing kat umah saya dulu ni duk main2 kat dapur, lepas tu terbakar la sikit misainya dek api hehe gatal sangat nak menjenguk periuk.
tak lama lepas tu dia hilang.. lamaaaaa.... ingatkan dah 'xde' dah..
tapi rupa2nya balik umah jugak lepas tu.
perghh memang misai kucing terbaik
*eh memang ada pokok nama misai kucing kan? hehe
sekarang ni dah xbalik2.
kucing ada built in gps
ReplyDeleteraya ni ramai orang balik kuching...sarawak haha
ReplyDeleteKak ani tak pernah pelihara kucing. Tapi selalu jer ada kucing yang datang singgah2 di rumah. Duduk kat luar jerlah. Makanan memang ada sedekat ke kucing2 ni.
ReplyDeleteKucing2 ni come and go suka hati dia jer.
kat rumah saye selalu jadi welfare kucing terbuang, pernah ayah try buang jgk..hehe
ReplyDeletetp mmg balik umah balik...lepas tu xpenah buang dah,jage je... ni ada sekor kucing kudung kat umah,sedih btl tgk...
kirim salam sama itu mesteri
ReplyDelete