Salsa dulu-dulu |
"Ustaz kata doa kita di bulan puasa cepat dimakbulkan Allah", Salsa berbicara di dalam kereta, semasa aku mengambilnya dari sekolah.
Aku tetap menumpukan perhatian pada jalan raya. Hari ini hujan sejak daripada subuh lagi. Sekejap lebat, sekejap renyai.
Salsa menyambung,
"Pagi tadi kakak bangun, dapat tengok Digimon. Seronoknya!"
Memang pagi tadi Salsa tidak ke sekolah agama. Aku biarkan saja dia tidur. Lagipun hujan lebat masa tu. Nanti takut demam pulak bila kena hujan. Salsa bersekolah pagi dan petang. Pagi, Sekolah Agama Masjid Negeri Sabah, petang pula, Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru.
"Doa kakak termakbul abah...." Sambung Salsa lagi.
Eh! Aku tersentak.
"Apa yang kakak doa?" Soalku dengan riak kepelikan.
"Masa sembahyang Maghrib, kakak doa nak tengok Digimon. Allah makbulkan, betul kata Ustaz, doa di bulan puasa, Allah kabulkan" Salsa berkata gembira sambil gelak-gelak kecil, menampakkan gusi depannya yang rongak.
"Ada ke berdoa benda macam tu....." Protes aku.
Salsa terus gelak gembira.
"Ketawa la abah. Kelakar kan....."Kata Salsa lagi.
"Abah tak tahu nak ketawa ke nak menangis....."Jawabku jujur.
Itu cerita dulu, di Sabah. Sekarang Salsa dah besar, dah tahu apa yang patut didoakan.
hahaha comel...
ReplyDeletedoa seorg anak kecil yg dimakbulkan...kelakar sungguh salsa.
ReplyDeletemana gambar salsa yg sekarang...
ReplyDeletetu lah namanya budak2...
p/s sy berdoa setiap hari diberi kekuatan,kesihatan yg baik sepanjang Ramadhan dn seterusnya...semuanya untuk anak2.
apa yang dicakap itu yang diterima si kecil bulat2 =)
ReplyDeletejom befikr sejenak http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/jom-berfikir.html =)
ReplyDeleteDulu selalu doa sekolah terbakar ke banjir ke, sebab malas nak ke sekolah...hehehhe
ReplyDeletehehehe...
ReplyDeletecomel Salsa~
semoga dia bakalan menjadi insan berguna~
gua caya sama sasha
ReplyDelete