Saturday, August 6, 2011

Bagaimana Rasanya Air Tuak

Gambar hiasan
Semasa outstation di Bintulu dulu, aku terpaksa menerima ajakan seseorang untuk makan malam. Sambil berborak banyak perkara penting dan remeh yang diperbualkan.

"Eh! Kat Kelantan, air tuak tu nira kelapa ye?" Tanya A sambil memandang aku. Aku angguk.
.
"I pernah ke sana, pernah cuba. I tak suka lah," jawab kawannya, B. Aku diam saja. Aku pun bukan penggemar tegar air tuak sangat.

"Bagaimana rasanya?" Tanya A.


"Macam ni," Jawab B,"you ambil kain buruk, you lap lantai, kemudian perah. Itulah rasa airnya."

Memang kurang ajar. Tapi aku diam je. Cilakak.

11 comments:

  1. hanya orang tahu je tahu..kahkahkah

    ReplyDelete
  2. kenyataan intra-racist

    ReplyDelete
  3. haha..kedua-duanya tak sedap.

    masa aku kena ragging dulu,bebudak senior selalu bagi aku minum air tuak.tak leh gi aku!

    ReplyDelete
  4. hanya "tuak" kelate je halal...ttp sy pn xsuka minum air tuak/nira nie.....

    ReplyDelete
  5. hanya jauhari yg mengenal manikam. air tuak(nira) terutamnya tuak nipah amat sedap dan menyelerakan

    ReplyDelete
  6. minum tuak dale tuke maso bbuko.....nikmat

    ReplyDelete
  7. suka air nira... sedap... tapi dah lama tak minum~

    ReplyDelete
  8. udah banyak jual kat s.alam ni...terutama dari kedai makan pantai timur..endak gak rasa

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...