Sunday, November 16, 2008

Buat Berat Kapal Terbang Aje

.
Selepas makan pizza yang disajikan di atas flight MH 2662 ke Kota Kinabalu, dude di sebelah kanan saya mula menyelak surat khabar manakala dude disebelah kiri pula asyik mencungkil gigi. Bila keadaan macam tu, pastinya saya memberatkan pandangan kearah kanan.

Dude di kanan sedang baca Berita Harian, Atuk kepada Sinar Harian. Dah lama saya tak baca, apalagi nak beli paper yang ber’surname’kan Harian ni. Last time saya beli Berita Harian kalau tak silap semasa menghadiri konvokesyen abang saya di US tahun 2005 or 2004 dulu (Ulu Sintok daa..). Saya beli semata-mata nak lapik duduk, memang tak baca pun! Terus buat lapik duduk.

Berita utama yang terpampang di Berita Harian yang lebih kecil, lebih terampil hari tu, Jumaat, 14 November, 2008 ialah “TAK JEJAS PRESTASI UPSR”. Sekilas ikan di air saya dah agak, ini mesti pemberita pisang gallo (butir banyak) yang melaporkan ulasan mana-mana kangkung yang me’relate’kan tentang keputusan UPSR dengan pembelajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris.

Balik buka internet, memang betul. Sah. Sohih. Saya tak nak argue tentang percentage pelajar yang jawab UPSR dalam BM dan BI, atau kertas UPSR tu sendiri yang dwi-bahasa, atau markah lulus A B C yang ditetapkan.

Cumanya, setahu saya tak pernah pun orang menentang penggunaan BI dalam sains dan matematik menggunakan hujah takut UPSR atau SPM atau PMR merudum peratus kelulusannya.
.
Yang depa dok hujah ialah kerana khuatir BM jadi terpinggir, tak power, tak berilmu, jadi vakum dan lain-lain. Juga orang yang kurang pandai BI (Melayu la tu...) jadi terpinggir, tak power, tak berilmu, jadi vakum dan lain-lain.

***pemberita pisang gallo kerana tak semua boleh ditelan mudah-mudah. Kena kehek butir keluar dulu, isi baru telan. Kalau telan dengan butir-butir alamat berak kesat (atau berak ketat kata Salsabila, seorang pengawas tahun 2 , 2009).
.

7 comments:

  1. Katakan yang benar walaupun pahit.

    ReplyDelete
  2. mintak2 la tahun depe ppsmi ni di ubahsuai sket..buat kat town ja. Sekolah2 melayu boleh belajar dlam BM....Aku tak kisah dok dapat elaun BISP.

    ReplyDelete
  3. pokmudo: bo lah beli sinar harian nyo. berita baik pasal kelate tu lipstik je. penarik.

    jobex: buang terus pon takpa.

    ReplyDelete
  4. Jgn kate gitu. Utusan dgn berita kena ada. Kertas balut nasi mahal. Pah cikli nak makan nasi belauk dlm gapo? Kalu surat koba cino sahih dok makan... ambo ingat lg.

    ReplyDelete
  5. diorang ni xda pendirian la... kata nak perjuang ore melayu tp lain lak bab ni...tak pehe aku...

    moksu

    ReplyDelete
  6. kanker: nasik, purrung ada.

    moksu: bahasa melayu pon dah jadi bahasa malaysia. nasib le...

    ReplyDelete
  7. Tapi hok pakai lipstik tu la ramai ore minat. No komen...

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...