Wednesday, November 5, 2008

I Was The Luckiest Man



Selepas graduate pada 1996, tak sempat nak menganggur, terus dapat kerja di kilang simen cap buaya tembaga, Perak sebagai graduate engineer.

Kilangnya luas sungguh, silo tinggi-tinggi, habuk kadang-kadang macam bermusafir di gurun sahara. Pekerjanya baik-baik. Dari boss sampai kepada pekerja biasa.

Mungkin cuma saya seorang saja pekerja dari Kelantan pada masa itu. Mungkin! Executive pula tu! Hari-hari saya kena interview, makcik kantin nak interview, kakak kerani nak interview, pekerja am nak interview, supervisor nak interview, lab assistant nak interview, pendek kata pak guard saja yang tak nak interview.

Bila sebut saja saya dari negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga Cik Siti Wan Kembang Kelantan....Masing-masing respect habis. Melambung pujian. Dari yang tutup aurat sampai ke yang seksi, semua kagum dengan Kelantan.

Bukan kagum dengan pasukan bola sepak semi-pronya, atau pantainya, atau batiknya, atau perempuan cantiknya. Tetapi kerana orang Kelantan tolak umno!

Waaa...bagusla itu Kilatan punya olang, kata seorang apek tua bawa lori batu kapur.

Semua puji! Nik Aziz baguslah, orang Kelantan beranilah, pandai mengundilah. hari-hari itulah yang saya dengar...

Saya? What about me? Saya, sejak datang ke Tasek Cement tak pernah declare saya sokong parti mana. Itu yang membuatkan saya terfikir dan termenung lantas bersyukur.....

Orang Perak tahu-tahu sahaja saya dari Kelantan terus buat kesimpulan saya orang Pas dan penyokong Nik Aziz. Apa kata jika saya pak yip anuar musa atau macai mustapha mohamad?

Takkan saya nak nafikan semua pujian dan katakan...

Maaf abang-abang wa kakak-kakak semua, saya mengundi umno, cuma tak menang. Kerajaan Pas tu bukan saya yang pilih......By the way, saya ni orang anuar musa bukan husam musa....

Buleh saya kata begitu?

Sebab itulah saya rasa amat bertuah kerana tak perlu nafikan dan boleh menerima semua pujian ke atas Kelantan seadanya kerana sayalah salah seorang pendokong kepimpinan ulama'.

Selepas 12 tahun, bila Ir Hj Nizar jadi MB Perak, saya terkenang balik muka-muka mior, din, pak tam, asnur, Ir anuar, tahir dll .... sekarang kome pujilah diri kome sendiri.

.

5 comments:

  1. Salam..Tu kilang kat Pdg Rengas taiping ko. Atau kat simpang pulai tu?? Jale tu penuh ngan lori simen esp jale kat pdg rengas..bahaya betoii. Lo ni geng2 umno kat rumah kawe senyap mace tikus..

    ReplyDelete
  2. jon bon jobex : kat padang rengas tu simen cap unta sesat. perak hanjoong cement. dulu milik kerajaan negeri perak, 4-5 tahun lepas terlepas ke tangan kalau tak silap ytl.... satu lagi kejayaan gemulah kerajaan hadori umno perak. kat simpang pulai ada kuari dan kilang proses batu batan je. yang ini dekat tasek, closest to ipoh. kalu demo selalu bypass manong atau simpang pulai, tak jumpa ler...maka tak cinta.
    senyap-senyap geng umno ni kena tengok jugak bex..... kalu budak kecik senyap2 tu dok main gessek....bahaya

    ReplyDelete
  3. Umno bukan sekat gessek, gesek dan gosok batang tubuh orepun juara dia...

    ReplyDelete
  4. semuanya tinggal kenangan da...
    hampeh punya kudeta . cait...

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...