Sunday, November 9, 2008

Konvokesyen PASTI Kawasan Pantai Barat Sabah ke 18

.

Tempat: Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu
Tarikh: Ahad, 9 November 2008 bersamaan 11 Zulkaedah 1429

Sampai je saat penyampaian hadiah, ibubapa terus ke depan stage untuk ambil gambar anak masing-masing. VIP yang duduk di barisan depan? Pedulikan.... kalau ada dato' pun, taraf Shah Rukh Khan saja tu.


Tahun ni Kak Yong belum grad lagi. Untuk kategori 5 tahun dapat juga hadiah bagi tempat ke 2 dalam kelas. Ok la tu, nak lawan rekod abah payah Yong oiii.....


Kak Yong kusyuk mendengar tips daripada senior yang telah grad setahun lalu.



Kak Yong bersama kawan baik, Iffah. Tahun depan kita grad sama-sama ye, InsyaAllah. Tu pun kalau abah saya masih di sini...



Talhah pun nak sekolah Pasti la mama, macam best saja.
InsyaAllah...nanti abah buka Pasti cawangan Guchil 4. Mama jadi cikgu besar.
.
.
Kesimpulan:
Program lancar dan berjaya.
Tahniah dan syabas kepada semua tenaga penggerak yang menjayakan konvokesyen ini. Terutama guru-guru Pasti dan guru-guru tak Pasti (yang dulu kebanyakannya sikit punya tension bila kena posting kat Sabah) yang tabah dan sabar sentiasa. Sekarang tuan-puan semua amat berjasa dan layak untuk datukship.
.
Jazakallahu khairan kathira. Takbir!
.
.

5 comments:

  1. Terbayang Mustaqim dok baca cerita 'Arnab & Kura2' di atas stage semasa Ihtifa Taski, Sabtu lalu...

    ReplyDelete
  2. Boleh juga PASTI buat majlis di Wisma MUIS? Zaman dah berubah..Zaman dah maju tak?

    ReplyDelete
  3. seluang: orang sabah open minded bah. tahun lepas buat dekat dewan SESB (sabah electricity...). next year mungkin musa aman datang rasmi, paling kurang bung mokhtar. kita buat kat taiwan pulak.

    pokmudo: kelah sunggoh anak jate sore.

    ReplyDelete
  4. salam ziarah dari PASTI Kelantan

    pastikelate.blogspot.com

    :)

    ReplyDelete
  5. pastikelate....terima kasih.

    mendidik generasi ulama'. takbir.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...