Monday, May 2, 2011

Apa Yang Penting Bagi Anda Sehari-Dua Ini?

Tak dapat ke Pesta Buku Antarabangsa KL,
Kedai Buku Banggol, jadilah.
Banyak perkara yang berlaku dan dilakukan sehari-dua ini. Mana yang paling terkesan kepada anda? Pilih satu sahaja. Ianya menggambarkan apa dunia ini bagi anda.

A - Osama Bin Laden dah meninggal dunia ditembak askar US.

B - Nato bom anak beranak Gadaffi.

C - Anwar adalah Lelaki Y.

D - Nasi lemak rupanya penjahat nombor satu kepada anak-anak sekolah.

E - Najib openly minta PAS keluar PR at least, kalaupun tak nak join BN.

F - Soi Lek kata nak undi PKR jika parti itu sedia gugurkan ketuanan Melayu.

G - Haji Hadi dikatakan liabiliti kepada PAS.

H - Ada orang bersumpah pakai baju kalis petir.

I - AC Mizal dan Hantu Mak Limah 'ballik' Umno. (Ballik...dibaca ada sabdu)

J - Pesta Buku Antarabangsa KL 2011 dah tamat.

K - Manchester United menang lagi. Rooney scored.

L - Prince William kahwin Kate Middleton you...

M - Saleem Aziz Textiles ada sale giler-giler. 

N - Protege Era si Salma dalam rancangan Mentor semakin malatop.

O - Email yang dikatakan free, taklah free sebenarnya!

Pilihan ditangan anda. Kalau sudi bagitau pilihan anda di bahagian komen ya.

18 comments:

  1. Ambo gi Pesta Buku, beli buku Bob Lokman & Tafsir Juzuk Amma.

    ReplyDelete
  2. gedek!,
    A- seorang yg mengambil berat hal ehwal Islam di seluruh dunia dan keadilan sejagat.

    ReplyDelete
  3. sot,
    bob pun ada buku?
    kena cari ni.

    ReplyDelete
  4. apa yg penting adalah 'nak masak apa? ;-)
    baju kalis petir itu sgt kelakar ;-0
    sedkah fatihah utk Osama walaupun macam tak percaya dgn berita US. lagipun Obama belum bersumpah lahanat ;-)

    ReplyDelete
  5. Cikli,
    Kak pilih D.. memang kena avoid nasik lemak.. jadi mengantuk, takleh fokus dan melembapkan.. fakta soheh :)

    ReplyDelete
  6. macam mana nak pilih ni? semua ada dalam pemikiran. pilih semua! kecuali hantu mak limah tu.

    ReplyDelete
  7. O - Kalau nak email free mintak jer dari Gmail Hotmail & Yahoo.Tak perlu bayar RM 50 juta kepada syarikat Tribicus @ Syarikat kroni tuuu..

    Atap genting dari tiub ubat gigi

    Penemuan Saintis Islam

    ReplyDelete
  8. A

    Pihak Amerika Syarikat mengambil masa sedekad utk memburu As-Syahid Osama Bin Laden. Kalau misi ini diserahkan kpd PDRM, kes ini dpt diselesai sambil makan kuaci je.

    Tidak Percaya ???
    FBI, CIA dan PDRM diuji kecekapan dan ternyata PDRM yg paling cekap. Tiga ekor arnab dilepaskan iaitu masing2 seekor di zon hutan yg berbeza. FBI menghantar beberapa binatang lain utk menyiasat kehadiran arnab dan menemuramah pokok2. 3 bulan slps itu FBI membuat kesimpulan tiada arnab di hutan tersebut. CIA pula membakar hutan dan dlm tempoh seminggu, semua terbakar termasuk arnab dan membuat kesimpulan sudah takdir arnab mati terbakar. PDRM pula menyelesaikan kes dlm masa dua jam shj. Setelah masuk hutan, 2 jam slps itu, keluarlah PDRM bersama seekor beruang yg lembik dibelasah. Beruang itu bersuara, " OK ... OK ... aku arnab ... aku arnab'.

    ReplyDelete
  9. willy,
    gua jawab komen lu dulu sebab gua tak tahan nak gelak.
    kah kah kah kah...

    ReplyDelete
  10. sedap sentiasa,
    keluarga kena diutamakan. setuju tu.
    terima kasih sudi singgah

    ReplyDelete
  11. brutalsolo,
    alhamdulillah...
    nanti jemput gua. datang belum tentu.

    ReplyDelete
  12. kak nur,
    saya pun pilih D. Tapi dalam maksud yang berbeza.
    saya tulis D tu sebagai parodi.

    saya sedang memperjuangkan ketuanan nasi lemak.

    ReplyDelete
  13. esempoi,
    dalam negara demokrasi, mesti ada pilihan.
    tq sudi singgah.

    ReplyDelete
  14. puteri,
    pilih semua pun takpa.
    kenapa tak suka hantu mak limah?

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...