Bila aku sempat belajar di bangunan ini dan bermain bergayut di sini, maknanya aku dah tua. |
Esoknya, kakak aku yang mengajar di Taski Al-Huda tergesa-gesa balik ke rumah. Dia minta tolong aku menggantikannya.
“Ganti apa?” Tanyaku kehairanan.
Kakak menyuruh aku ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai (SMKKK). Ada orang offer dia jadi cikgu ganti. Mengajar Bahasa Inggeris dan Geografi. Tapi sekarang dia suruh aku ganti dia pulak. Keberatan juga aku.
“Seluar takda. Semua dah basuh”, aku beralasan. Tapi memang betul, seluar slack aku yang ada 2-3 helai telah mak kutip basuh.
“Carilah seluar mana yang ada Li, tulong aku deh”, kakak memujuk.
Kakak menyelongkar dalam bilik mencari seluar slack. Akhirnya terjumpa seluar slack ayah yang sememangnya hanya sekali atau dua kali aku melihat ayah memakainya. Maklumlah ayah orang kampong, uniformnya hanyalah pelikat, t-shirt dan kain batik lepas sebagai semutar.
Aku cuba memakai seluar ayah.
“Besarlah Na, malu aku. Tak payahlah Na.....”Aku makin keberatan.
“Tulonglah Li, aku dah janji dengan orang tu....Seluar ni nampak sedang molek je. Ok apa....Biasa la seluar slack macam ni”, akhirnya aku termakan pujukan berbaur belas kasihan kakakku.
Aku naik teksi (kereta sewa) ke SMKKK. Bermulalah kerjaya aku sebagai guru ganti.
Balik ke rumah tengah hari itu, kakak aku gelak besar.
“Bakpo?”Aku bertanya.
“Seluar mu pakai tu....geboh(besar)”, beritahunya terus gelak.
“Alamak, jatuhlah saham aku”, aku memprotes.
“Aku nak sukko takdi lagi, tapi kalau aku gelak nanti mung tak pergi pulak”, kakak terus membuat pengakuan.
Nak tak nak, aku hanya boleh tumpang gelak. Cerdik betul politik kakak.
Rezeki aku agak murah. Lepas mengajar di SMKKK, aku dapat lagi offer jadi guru matematik di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra (SMSYP). Sehingga result A-Level keluar, aku tiada masa yang tersia begitu saja. Terima kasih kakak kerana menjadikan aku seorang cikgu.
Selamat Hari Guru untuk aku. Juga untuk semua cikgu bloggers dan bukan blogger.
Kakakaka lucunyer...
ReplyDeleteSelamat hari cikgu...
4 beranak perompak berjubah
seluar atas pusat...haha
ReplyDeleteBro...
ReplyDeleteOrang yang mengajar kat Sekolah menandu pon kira cikgu, kan...?
Selamat Hari Cikgu kat pakcik Borhan yang mengajar aku gua memandu!
gedek!,
ReplyDeletepatut kena hantar kad kat dia.
cikgu memandu gua nama haron. gua panggil dia ron97. sebab dia suka hijau dan pangkah hijau.
Selamat Hari guru yaa:):)
ReplyDeleteKirim salam kakak..Politik bijak!!;)
pn kartini,
ReplyDeleteselamat kembali puan.
selamat hari guru Cikli.
ReplyDeleteHehehe..pernah jadik cikgu jugak...
ReplyDeleteasal,
ReplyDeleteselamat untuk cik asal juga.
fadzli amir,
ReplyDeleteselamat hari guru untuk bekas guru.