Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Guru Darling

Dr Jos Darling
 Dr Jos Darling mengajar Dynamics. Santai dan cool.

Dia murah senyuman. Orangnya masih muda (masa tu). Datang ke universiti di atas bukit dengan basikal.


Dr Jos sanggup mendaki Bathwick Hill
dengan gerek

Suatu hari aku nampak Tok Arab berpakaian lengkap berjubah dan berserban macam Raja Saud di depan receptionist School of Mechanical Engineering. Rupanya Dr Jos Darling.


Memang setiap hari Jumaat, dia akan buat perangai. Hari Jumaat dia akan pakai kostum yang pelik-pelik. Pernah satu kali aku ingat Napoleon Bonarparte mana yang sesat masuk kelas aku. Rupanya Dr Jos yang berpakaian begitu datang mengajar.
Macam ni lah Dr Jos pakai
datang mengajar. Cuma paruhnya
lebih besaq, ada atas-bawah

Kemuncak kebidaahannya, dia berpakaian macam ayam. Siap dengan paruh, kaki ayam dan bulu pelepah. Semasa dia berjalan, banyak suara-suara sumbang kedengaran. Cock-cock-cock. Cock-a-doodle-dooooo.

Dr. Jos memang cool. Selamat Hari Guru Darling.

10 comments:

  1. pasti lucu orangnya dr jos..dia punya kostum yang banyak untuk membuatkan dia lebih teruja setiap hari.

    ReplyDelete
  2. ghost writer,
    dia memang kelakar, tidaklah sekelakar saleh yaacob.
    saya pernah diselamatkannya sekali oleh lecturer yang kejam!

    ReplyDelete
  3. Ingatkan ucapan untuk darling mana tadi...

    ReplyDelete
  4. hani@debumelukut,
    dah nama dia begitu. bini dia pun tak boleh jeles.
    selamat hari guru.

    ReplyDelete
  5. cikgu berperangai badut membuat lebih banyak sel otak berhubung lebih cepat pembelajaran boleh berlaku.
    hidup cikgu happy go lucky.

    ReplyDelete
  6. kap,
    mungkin dia minum anmum tanpa gula

    ReplyDelete
  7. Bagusnyakalu macam tu..nak belajar pun rasa bersemangat...tak le boring asyik tengok muka yg sama je...hehehhe

    ReplyDelete
  8. fadzli amir,
    tips untuk cikgu-cikgu kita.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...