Saturday, May 21, 2011

Nelayan Yang Nak Ke Bulan

Suatu pagi aku bersarapan nasi dagang
di warung usang tepi pantai
di kanan aku seorang nelayan tua
bersemutar dan berpelikat paras lutut
sedang menuang teh 'o' panas ke dalam piring

kau tahu?
tiba-tiba dia bersuara dan berpaling padaku
teh cepat sejuk begini kerana luas permukaannya bertambah
lebih banyak molekul air yang bersentuhan dengan bayu laut
aku hanya mengangguk kagum

kau tahu?
susu berketumpatan tinggi daripada air teh
sebab tu dia di bawah
katanya lagi sambil menunjuk kepada air teh aku
aku diam bertambah kagum

kau tahu graviti?
ia menyebabkan semua benda jatuh ke bawah
kecuali graviti bulan
ia menarik laut ke atas, lantas air pasang
sebab ia di atas, aku menambah

si nelayan melihat aku sambil tersenyum
exactly!
katanya yang membuatkan aku menyembur teh keluar mulut macam raksasa yang sedang melawan Ultraman Mebius
dia mengesat mukanya dengan semutar
dia masih senyum
ada point yang ingin dia perkatakan

bila kita berada di atas
bila kita berada di orbit yang lain
bila kita berpaksi pada paksi yang lain
tindakan kita selalunya bernatijah lain
walaupun cara kuasanya sama
walaupun punca kuasanya lebih lemah

kau lihat...
penguasa sepatutnya berada separas dengan rakyat
sepaksi dengan rakyat
seorbit dengan rakyat
supaya kuasanya digunakan untuk melekatkan kita di bumi nyata
supaya kita tidak bergelandangan di awangan
graviti penguasa sepatutnya digunakan untuk menurunkan
bukan menaikkan
tetapi penguasa memilih untuk melakonkan aksi graviti bulan
bukan graviti bumi

kau tahu?
graviti rakyat graviti bumi
lagi kuat, lagi besar
tapi kita tidak sedar
katanya bernada lamenting sambil merenung Pulau Kapas di belah kanannya
titisan terakhir teh 'o' di piring telah diteguknya

pak cik
aku bersuara setelah lama mendengar
graviti bumi menarik ke bawah
graviti bulan ada pasang ada surut
graviti penguasa tak pernah surut, semakin naik
si nelayan melihat aku tidak berkedip

pak cik
itu bukan graviti
sang penguasa tidak berpandukan hukum alam
itu graffiti
sang penguasa mencoreng dan merosakkan
kononnya mencantikkan tetapi sebenarnya menyembunyikan
bukan membaiki tetapi mengecat
bukan mengganti tetapi menyolek
lipstik plastik

anak... kamu engineer?
aku mengangguk
bagaimana pak cik meneka?
kamu mendengar teori sains yang aku katakan macam dah tahu
kamu tidak bertanya itu-ini
dan bila kamu berhujah
sebijik macam Nizar

22 comments:

  1. Cikli, posting yg ada ummph :)

    Jangan under estimate orang kampong. IQ mereka mantap kerana kaya pengalaman hidup. Orang kampong paham yang mana kaca yang mana permata. Mereka paham permainan reverse saikologi di dada akhbar arus perdana. Mereka dah lali sepak terajang politik. Hapuskan dulu subsidi ke IPP sebelum hapuskan subsidi gula dan petrol untuk rakyat. Tak berpeluang ke menara gading kerana kepayahan hidup, bukan sebab bodoh atau bangang.

    ReplyDelete
  2. Orang kelaut le'ni bukan macam orang kelaut dulu.

    ReplyDelete
  3. sot,
    benar tuan.
    hanya yang menanti durian runtuh dan berkepentingan yang setia membutakan mata, mempekakkan telinga.

    ReplyDelete
  4. kak kunang-kunang,
    pelaut sekarang ada blog.

    ReplyDelete
  5. Cikli..
    Pakcik tu kiranya termasuk dalam golongan yang ada wawasan.. :)

    ReplyDelete
  6. hanya ada 2 golongan yg masih bersama penguasa yg zalim
    1. Golongan tamak haloba
    2. Golongan bodoh sombong

    kalau "anda" bukan bersama "mereka" kerana duit, confirm bangang.

    ReplyDelete
  7. Teringat lagu 'Ayahku dan angkasawan'

    ReplyDelete
  8. nur,
    nelayan pencari sumber protein. semestinya mereka bijak.

    ReplyDelete
  9. cankersaurus,
    that's harsh bro... reality bites

    ReplyDelete
  10. gedek!,
    kembara ruled sehinggalah keluar perodua kembara.
    nice song bro

    ReplyDelete
  11. Canker Saurus...kau tahu "itu"

    ReplyDelete
  12. N3 yang menyegat nih..penuh makna yg tersembunyi.tahniah mampu buat akak baca berkali2

    ReplyDelete
  13. orang kampung macam ni mau cari...berfikiran luas.hehe. jarang2 jumpa...=)

    ReplyDelete
  14. Penuh dengan makna tersurat dan tersirat

    ReplyDelete
  15. pokmudo,
    aku tak tahu...sila bagi tahu

    ReplyDelete
  16. hani@debumelukut,
    cerita fasal nelayan dan laut memang sentiasa menarik. thanks akak

    ReplyDelete
  17. mohamad azhan,
    orang kampung baru ramai korporat dan hebat-hebat

    ReplyDelete
  18. duniablogger,
    dapat yang tersurat pun tak pa dah. tq

    ReplyDelete
  19. ingatkan nizarudin yusof pemain bola sepak tu

    ReplyDelete
  20. brutalsolo,
    nizarudin tu dah main felda kan?
    harap dapat tolong makcik felda faham isu-isu semasa.

    ReplyDelete
  21. ..satu gabung jalin yang kemas, garapan yg sangat indah, sindiran yg begitu intelektual, begitu puitis ...hasil penulisan dari jiwa seorang penulis yg tentunya seorang pemikir yang sgt hebat.. tahnaTsTtTahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah tinggi compliment ni... tq bakmutiaradasarlaut.

      Delete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...