Kat depan sekolah ni etak best-best ada dijual |
"Mak, andi uti tu apa?" tanya Abu, budak 2 tahun yang masih cakap pelat.
"Cepat! Cepat!" Mak Abu menarik tangan Abu untuk ke Pasar Siti Khadijah.
Kota Bharu memang sibuk. Tak kira hari apa. Kalau dah maju besok, entah macam mana lah sibuknya.
"Mak, andi uti tu apa?"
Tak habis-habis pulak si Abu bertanya pasal Pandi Kutty. Inilah masalahnya bila budak suka tidur depan TV time berita. Fikiran separa sedarnya meresap semua yang pembaca berita cakap. Apalagi pagi-pagi dah makan nasi lemak yang dibungkus dengan akhbar Utusan.
"Andi uti apa mak?"
Alahai. Mak Abu rasa rimas. Dia tengok sekeliling, billboard, poster, kain rentang, bunting, banner. Semuanya gambar Nik Aziz, Takiyuddin, Anuar Tan, Ahmad Yakub, Husam, Nik Amar, Kak Ani.
Cari lagi, yang ada cuma gambar Wardina, Adibah Noor pakai tudung, Halim Yazid ....
"Andi uti ....Apa mak?"
"Adik nak A&W, nanti kita pergi makan. Tapi jange tanya pasal andi uti lagi ye..."
"Yeayyyyy"
Selesai makan di A&W, Mak Abu menarik tangan Abu ke stesen bas. Mereka naik bas cepat Pasir Mas. Belum sempat duduk, Abu dah bersuara,
"Mak, andi uti tu apa?"
"Shhhhhh....." Seorang dua penumpang yang mendengar pertanyaan Abu tersenyum.
Bas berhenti di hadapan Sekolah Mekasar kerana ada penumpang mahu turun. Di situ banyak terdapat orang menjual etak. Tiba-tiba mak Abu ternampak satu kain rentang di pagar sekolah. Ada gambar seorang lelaki gempal sedang bersemangat menghunus keris ke langit dengan kain merah melilit di tubuh persis seorang ratu cantik.
"Adik... Itu....."
"Apa mak?"
"Itulah pandi kutty!"
Akhirnya, di Pasir Mas jua terjawab segalanya. Cit...
tak berapa faham tapi boleh agak agak..heheeh
ReplyDeletehani,
ReplyDeletedah semayang subuh belum ni kak...haha
Hehehe,....So brilliant...
ReplyDeleteSya ada tambah vidoe dalam entri terbaru saya,minta jenguk balik yer...
Seluruh Rakyat Malaysia Di Seru Turun Beramai-Ramai Ke Perarakan Bantah Lynas Dari KLCC Ke Kedutaan Australia Pada Hari Jumaat 20 Mei Ini
hiks2..
ReplyDeleteakhirnya..budak2 pun dok tahu belaka 'kisah2 politik' ni..hu!~
miecyber,
ReplyDeletekilang lynas ni pun satu lagi pandi kutty punya kerja
mutiara bernilai,
ReplyDeletenilai pemimpin masa depan, dibentuk oleh pemimpin masa kini.
sekolah tu dekat ngan rumah sy...
ReplyDeletekira landmark org nak ke rumah selain esso..
padlie,
ReplyDeletedok tang situ senanglah makan etak.
hehe, bijak betul...penuh makna!
ReplyDeletemohamadazhan,
ReplyDeletemakna untuk yang berfikir...