Tuesday, May 24, 2011

Rahsia Seorang Ayah


Bang, pizza ada?
Esok dik!
Hari ni pagi-pagi lagi seorang kawan kat opis bertanya,
“Tengahari ni free tak?”
“Kenapa?”
“Ada kawan ajak makan kat Pizza Hut, Giant...”
Aku diam dan berfikir panjang.
“Kawan kita berhajat tu...”
Aku tersenyum tawar, masih tak cakap apa-apa. Sebenarnya dah lama aku tak ke Pizza Hut. Dah banyak tahun. Sejak Israel bantai orang Palestin di Gaza dengan bantuan Amerika dan sekutunya termasuk Mesir yang menutup sempadan. Sejak itu aku cuba boikot barangan Amerika yang aku mampu. Bukan saja Pizza Hut. KFC dan McDonald sekali.
Mulanya anak-anak aku bising juga. Terutama Salsabila. Bila mereka nak pizza, aku beli pizza kat pasar malam. Tetapi mana boleh sama dengan pizza hut. Bila mereka nak ayam goreng, aku bawa ke A&W. Sekarang dah ada Radix Fried Chicken, RFC, lagi okay.
Lama-kelamaan, tambahan pula cikgu kat sekolah pun ada cakap pasal kekejaman Israel dan sokongan Amerika, Salsabila menjadi pemboikot tegar barangan Amerika melebihi aku, abahnya. Kadang-kadang aku buat-buat ajak ke KFC pun dia menolak dan marah.
“Ok ke bos, tengahari ni?”
Aku tak tergamak menolak. Kawan yang mahu belanja kami tu sebenarnya mahu berjalan jauh untuk beberapa hari. Amsterdam! Lagipun kami satu seksyen. Aku yang mengepalai mereka. Apatah lagi semalam kami seharian sama-sama berpeluh di mahkamah untuk menyelesaikan satu kes. Jadi hari ni, kami satu seksyen macam membuat kesyukuran la kot. Tak manis rasanya kalau aku tak pergi.
“Ok...” Jawabku
Dalam hati rasa berbelah bagi. Kalau aku pergi, tapi tak makan pun lagilah tak manis.
Tengahari  itu, bila pizza rangup sudah di depan mata, aku berjaya habiskan 2 slices tanpa ingatkan Palestin sedikit rabutpun. Udang dan sotong tempura pun sempat aku balun tanpa terlintaspun riak wajah Ismail Haniyeh. Apalagi apabila pekena ginger bread cicah mushroom soup, timur tengah pun aku lupa di mana.
Janganlah harapnya anak-anak tahu aku ke Pizza Hut hari ini. Kalau mereka tahu, alamat makan penangan Salsabila lah aku nanti.

20 comments:

  1. saya dah SMS ke salsabila abahnya ke Pizza Hut

    ReplyDelete
  2. Apa hal belog lu dari pagi?

    Tak boleh capai....

    malam baru ok.... kena hi-jack?

    ReplyDelete
  3. puteri,
    alamak puteri... tak rock la macam ni

    ReplyDelete
  4. gedek!
    akaun kena block.
    contact blogger, dapat verification no. baru ok.
    2 hari bro.

    ReplyDelete
  5. salam..
    ada rupanya blog ni..ingatkan permit kena tarik

    dalam bab makan jenama yahudi gua memang menolak ..kalau ada org nak belanja
    ...err maksud gua menolak kemulut

    ReplyDelete
  6. Bab makan saya tak reti nak boikot..

    ReplyDelete
  7. brutalsolo,
    blog gua takde elemen menghasut bro. hanya menasihat. macam p.ramlee.

    kalau tak ada elemen personal, gua boleh menolak lagi benda2 sedap ni.

    ReplyDelete
  8. puan hani@debumelukut,
    rokok yang tak sedap pun, ramai yang tak dapat menolak. :)

    ReplyDelete
  9. Kalau Salsabila tanya...aku tak jamin rahsia ini tidak terbongkar...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum CikLi.

    Saya belum pernah rasa Radix Fried Chicken sebab tak pernah jumpa restorannya. Kat mana yer.

    ReplyDelete
  11. salam Tuan,
    Terima kasih tuan kerana sentiasa singgah di laman saya. Baru-baru ni sangat sibuk dan tidak berkesempatan. Ohya, mcm mana saya boleh hubungi dengan Salsabila dengan segera ?????? (",)

    ReplyDelete
  12. hahahahah... susah lah nak boikot2... pasal banyak sgt personal matter... ngan kawan2 lah... tp ngan family... mmg x layan dah benda2 macm ni...

    ReplyDelete
  13. pokmuda,
    kalu dia pi beli kedai pokmudo, mesti terbongkar sebab ada pemberita

    ReplyDelete
  14. kunang-kunang,
    yang saya tahu RFC di KT belakang stadium, di KB depan hospital usm kubang kerian.

    ReplyDelete
  15. cikguzam,
    miss bahasa puitis cikgu.
    nak kontek salsabila mesti melalui abahnya. harap maklum.

    ReplyDelete
  16. ummu ishak,
    teruskan puan. terbaik.

    ReplyDelete
  17. cik aiza,
    boikot terpilih sahaja.
    colgate, starbuck...

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...