Friday, May 20, 2011

Pendedahan Karekter Sebenar Anwar Ibrahim

Gadis cun
Hari Khamis balik kampong.

Jam hampir pukul 9 malam. Jalan basah kerana hujan sepoi-sepoi bahasa.

Dari atas fly-over Machang, aku meluncur laju mengekori kereta di depan dengan jarak hampir 5 saat. Tiba-tiba sampai di Kemuning, kereta di hadapan seakan berhenti. Aku turut membrek.

"Ni ada road block apa pulak di kala malam bulan mengambang ditambah hujan renyai-renyai ni'," aku berleter di dalam hati.

Aku nampak beberapa lelaki beruniform Rela dengan setianya menjaga traffik supaya slow-down. Ku lihat ke kiri. Ada kain rentang merah dengan gambar gadis cun impian lelaki macho, Ummi Hafilda. Jelas tulisan di kain rentang itu.

'Pendedahan karekter sebenar Anwar Ibrahim'.

Sayang aku tak ada masa nak join dengar dan tengok gadis cun kerana perlu cepat bergegas balik ke rumah untuk melihat cicak di siling rumah di kampung. Kalau tidak,  dalam ceramah tu mungkin aku akan dapat mendengar perihal sebenar Anwar. Mungkin betul tekaan aku selama ini bahawa Anwarlah sebenarnya lelaki yang bertopeng.

Aku yakin, dialah Batman, hero Gotham City.

8 comments:

  1. Meleset tekaan gua...

    Mati mati gua ingat kan dia tu Darth Vader... "Luke, I am your father!."

    ReplyDelete
  2. ingat kan lelaki berbaju biru beseluar dalam merah , gila meroyan apa minah ni

    ReplyDelete
  3. selamatlah bandar kita ini dari ancaman Joker dan Bonsai Woman.

    ReplyDelete
  4. Gadis..???masih gadiss....Cun..???? cun kah??....hehehehe...lebih baik aku balik kampung tengok ikan talapia, lagi cun tengok muka gadis cun....

    ReplyDelete
  5. fadzli,
    kah kah kah.. patutlah gua pun sanggup balik tengok cicak kah kah kah

    ReplyDelete
  6. salam,
    alamak hilang comment gua yang hari..tu
    meroyan apa minah ni... dedah apa bendanya..

    ReplyDelete
  7. brutalsolo,
    minah ni aset baik bagi umno.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...