Saturday, May 7, 2011

Syaikal, Gadis Kashmir Bermata Zamrud

Indah yang derita
Aku diperkenalkan oleh Salwa dan Zura dengan housemate mereka.

"Ini Syaikal...."

"Syaikal from Kashmir...."

Mak oiii, patutlah bermata hijau, beralis lentik, putih gebu, comel, langsing, rambut ikal, pipi pauh dilayang, bibir delima merkah. Ingatkan budak Pasir Mas, rupanya dari Kashmir. Hebat!

Aku tak terkata apa-apa kecuali memberikan senyuman yang paling manis yang aku ada. Kalau aku ini seketurunan dengan Goku dan Bizita, pasti aku telah bertukar kepada super-sayyan pada masa itu, dengan cahaya api jingga disekeliling tubuh!

"Are you moslem?" Aku angguk. "I'm moslem too. Non-practicing moslem..."

Ada jugak istilah non-practicing muslim. Hadhari lah tu konon Syaikal ni.

Kemudian Salwa kenalkan pula aku dengan seorang lagi rakannya. Dari jauh aku dah tahu dari India.

"Hi, I am Anju..." Dia menyebut namanya dengan mulut memuncung.

"Anju?" Tanyaku untuk kepastian. Kalau aku ini keturunan Goku dan Bizita, masa inilah kuasa super-sayyan aku dengan api jingga sekeliling tubuh akan hilang dan kembali normal.

"Anju," sekurang-kurangnya itulah yang aku dengar daripada accent Indianya yang tebal.

Setelah berborak sambil membelasah kopi dan makanan yang disediakan oleh Salwa dan Zura, tiba-tiba Salwa bertanya kepadaku.

"Kenapa hang panggil dia Anju?"

"Kan nama dia?"

"Angel lah!"

Laa.... Anju tu dah sesuai sangat dengan nama seorang gadis India. Angel la pulak.. Sebutlah betul-betul kalau begitu. Tak pun pakai name tag 24 jam.

Syaikal, walaupun cantik dan da bomb tetapi seperti katanya, dia non-practicing muslim. Apa yang aku tahu selepas itu, pada hujung minggu dia practice clubbing dan mabuk-mabuk. Poor Kashmiri...

17 comments:

  1. ntah dia yg salah dengar, p cakap dia salah sebut plak, hehe ;)

    ReplyDelete
  2. kami dan mereka,
    saya 'listening' memang fail. haha

    ReplyDelete
  3. Assalamualaik CikLi,

    Ada orang pesan kalau nak berbulan madu jangan ke Kashmir kerana gadis2 di sana cantik-cantik, nanti balik sorang, husben tinggal di Kashmir.

    ReplyDelete
  4. kunang-kunang,
    ish...gelap butir mata tu.
    kecantikan luaran sahaja. skin deep orang kata.
    inner beauty oang orang lelaki paling suka. percaya la!..

    ReplyDelete
  5. miecyber,
    bahaya Islam liberal. no moral policing!

    ReplyDelete
  6. Non-practicing moslem?

    Huii...

    Gua ada member pernah sebot... "I used to pray dulu..."

    Berenti jantong gua...

    ReplyDelete
  7. .......Don't Judge a Book by Its Cover!...

    :)

    ReplyDelete
  8. Muka je cantik tapi perangai teruk nak buat apa.

    ReplyDelete
  9. gedek!,

    semoga kita termasuk dalam golongan yang istiqomah dan improve sokmo-sokmo

    ReplyDelete
  10. pn kartini,

    soal cantik, mata takleh bohong. hehe

    ReplyDelete
  11. miss tira,
    kalau miss dah kata begitu... selamat hari ibu saya ucapkan

    ReplyDelete
  12. jgn compare mata kuching dgn buah zabit. lain bro lain...

    ReplyDelete
  13. Salam Cikli

    Saya pu ada peristiwa salah sebut yang diceritakan oleh seorang Mek Salleh Belanda. Seorang pemuda Siam memperkenalkan namanya 'Lonely' bila dipanggil Lonely dia marah. Rupanya nama sebenarnya "Rodney" Lidah Siam!

    ReplyDelete
  14. mountdweller,
    telinga melayu, lidah mat saleh...

    ReplyDelete
  15. my friend had visited kashmir and he said they are very good looking people...also they were very friendly and hospitable.. but he say the girl there is more cover than malaysia... also kashmiri dont allow their girl to marry outside.. but kashmiri boys can marry outside if he wish...

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...