Tuesday, May 10, 2011

Baik Punya Dummy

RON97

2 minggu lepas, isteriku memberitahu,

"Abe kena beli minyak masak tu, tadi masa saya pi kedai yang ada cuma minyak masak RON 97 sahaja. Yang biasa tak ada."

Aku buat lembu kenyang sambil baca blog bro Gedek! dan Brutalsolo.


RON95
Esok, aku ke kedai runcit. Banyak pula minyak masak cap saji Felda ni. Aku tetap menyokong minyak masak cap saji Felda walaupun aku bukan peminat Felda United. Selagi depa tak tempel muka Isa Samad kat minyak ni, aku beli.
 Di ofis pula aku terbaca kat satu paper. " Minyak masak ada, jangan buat pembelian panik," lebih kurang macam tu lah tajuk satu berita.

Tup-tup hari ni khabarnya gula dirasionalkan, naik 20 sen.

Kah kah kah. Siapa pun goalkeeper, mesti gol punya!

8 comments:

  1. Cikli,
    Takleh minum air manis dah le lepas ni, susu mahal gula mahal.. pakat2 minum teh cina je la nampak gaya :)

    ReplyDelete
  2. baguslah kalau gula mahal... kurg org pakai gula nak wat air... kurg risiko kena kencing manis...

    ReplyDelete
  3. pandai si syed gula al-bukhari meniaga

    ReplyDelete
  4. peladang,tokeh kilang gula dan pemborong gula isi minyak guna Ron97 itu sebab gula naik

    ReplyDelete
  5. Alaaa... baru doposen, bro...

    Masih murah berbanding dengan Ghana dan Papua New Guinea

    ReplyDelete
  6. minyak ron 97?.. hm.. memang goalkeeper tu tak pandai jaga gol..

    ReplyDelete
  7. Buat la amal jariah sikit pada Felda yg beli syarikat gula tu...macam mahathir kata amal jariah kalu beli proton...

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...