Saturday, May 28, 2011

Negara Paling Harmoni

3 sahabat balik memancing
-Gambar oleh Kajol
3 sahabat sedang berbual sambil menunggu lecturer thermodynamics masuk.

Obama: Negara aku paling aman. Orang kulit hitam pun boleh jadi presiden.

Osama: Negara aku aman dulu, tetapi puak kau datang kacau.

Osman: Negara aku paling aman. Walaupun bermasyarakat majmuk, kami hidup dalam harmoni. Hormat- menghormati.

Osama: Hebat negara kau. Negara aku ada bangsa arab saja. Cuma ada Arab muslim, Arab kristian dan ada Arab yahudi. Huh... Payah nak bersatu kami ni. Tak macam negara kau Osman.

Obama: Negara kau hebat Osman, bermasyarakat majmuk. Negara aku cuma ada white Americans, Africans, Hispanic, Irish, Italian, Asian...

Osama & Obama: Negara kau ada apa bangsa?

Osman: Banyaakkkk.... Ada Melayu, ada Cina, ada India. ... Errr... Ada bangsa Melayu, bangsa Cina, bangsa India... bangsa bumiputera, bangsa bukan bumiputera.... Errr... Ada bangsa rasuah, ada bangsa tak rasuah, bangsa alim, bangsa jahil, bangsa cerdik, ada bangsa bangang, ada bangsa bodoh bangang, ada bangsa menipu, ada bangsa mengampu, ada bangsa rasionalisasi, ada bangsa tak peduli, ada bangsa putar belit, ada bangsa ... dan banyak lagi.

Osama & Obama : Wuii banyaknya bangsa... Hebat... Kau bangsa apa?

Osman: Err...Aku mixed. Tetapi aku paling benci bangsa rasuah dan menipu.

Lecturer thermodynamics pun masuk....

22 comments:

  1. dlm lawak ada trselit msg yg menarik.....khi..khi..khi...

    ReplyDelete
  2. NzA,
    lawak cuti sekolah. sambil makan ubi atas jemore

    ReplyDelete
  3. ingatkan perbualan osama-obama-omega
    hehe..

    ada satu bangsa cikli tertinggal..
    bangsa 1malaysia :)

    ReplyDelete
  4. salam Tuan,
    Wahhhh cerita pendek yang sangat menarikkkkk............... omoshiroi to Tanoshikatta desu

    ReplyDelete
  5. Baik pula osman dengan obama dan osama. Yerlah nama lebih kurang jer.

    Best, satu sindiran yang menarik.

    ReplyDelete
  6. Salam..baru berkesempatan datang...aku terkilan tau, bangsa jawa ko tak sebut, bukan aku je terkilan, khir toyo pun terkilan tau...hehehehe

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..:)

    Banyak bangsa tuuu...lebih kurang...
    cam banyak spesies lahh yaa!;P

    ReplyDelete
  8. haha... sentap jugak la...
    makan dalam...

    ReplyDelete
  9. syabas Osman.
    anda perdana menteri yang kami cari selama ini.
    janji tau jangan kahwin dengan perempuan bonsai.

    ReplyDelete
  10. akak kunang-kunang,
    osman tu boleh jadi dari indonesia... siapa tahu. ya tak.

    ReplyDelete
  11. fadzli amir,
    baca elok-elok...bangsa khir toyo dah ada bro...

    ReplyDelete
  12. pn kartini,
    biologically speaking, bangsa=spesies

    ReplyDelete
  13. latifah,
    hehe... sekali sekala kena ingatkan.

    ReplyDelete
  14. kap,
    osman kalau bertanding kita sokong, tak kira parti cap apa. janji tolak rasuah dan tipudaya.

    ReplyDelete
  15. miecyber,
    lumrah siapa makan cili

    ReplyDelete
  16. makin hebat negara osman ek...bangsanya tercipta dari berbagai ras dan rasa.

    ReplyDelete
  17. ghost writer,
    dan mereka hidup harmoni kerana layanan sama rata ke atas setiap bangsa

    ReplyDelete
  18. wah ramei sunggoh yang telah mengomen di sini!

    ReplyDelete
  19. puteri,
    ni semua yang komen satu bangsa. bangsa prihatin.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...