Saturday, September 10, 2011

Cerita Budak UM

Anak-anak perlu baca Laman Muhandis, biar cerdik
.
Sementara menunggu lecturer masuk.
.
“Kau nak dengar cerita?”

“Nak. Apa kisahnya?”

“Lebih kurang 5 tahun lalu....”

.
Isnin April 03, 2006
KUALA TERENGGANU:  Dua saksi memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini bahawa bekas seorang ustazah yang dituduh murtad, membuat pengakuan keluar dari Islam bagi mengelak dikenakan tindakan.
Tindakan itu disebabkan mengingkari perintah pihak berkuasa agama dengan berada di kediaman ketua ajaran sesat Ayah Pin di Besut pada pertengahan tahun lepas.
Saksi pertama Yusof Salleh, 42, pegawai penguatkuasa syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu berkata tindakan Kamariah Ali, 55, membuat pengakuan itu supaya mahkamah menggugurkan tuduhan terhadapnya kerana kesalahan di bawah Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.
Ini kerana, beliau berkata sebelum itu mahkamah telah menggugurkan pertuduhan terhadap seorang pengikut Ayah Pin, iaitu wanita warga New Zealand, Judith Lilian McDonald yang menyatakan bahawa beliau beragama Kristian.
.

“Ish teruknya... Tapi ini kisah lama, dah jadi sejarah.”
.

“Sejarah berulang bro... Dengar cerita ni pulak.”


ZAINAL KLING : MALAYA TAK PERNAH TERJAJAH malaysiakini

Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling.

"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.
.

“Eh... Biar betul. Takkan nak settle isu Mat Indera sampai declare kita tak pernah dijajah.”

“Heh heh... Dia pakar bro. Professor. Dia lebih arif.”

“Biar betul mamat ni. Dia dapat doctorate dari universiti mana dulu?”

“University of Hull.”

“Patutlah... Dull.”

“Bukan Dull bro...Hull, University of Hull.”

“Aku kata dia yang dull. Master dia pula kat mana?”

“Kat tempat kita inilah. Universiti Malaya.”

“Hah UM? Selama ni aku bangga betul dengan UM. Terbaik di Malaysia. Ish memalukan ni.”

“First degree dia pula kat mana?”

“UM juga.”

“Hah! UM lagi? Oh Nooo......
UM...Oh Nooo...
UM.....No...... Katakan tidak...
UM...No..
UMNoooooo.......”
 .
**Moral: Tahap cerdik seseorang bukan bergantung kepada setinggi mana dan di mana dia belajar, tetapi bergantung kepada apa dan di mana dia bergantung.

23 comments:

  1. Kakak pun baca Malaysiakini tentang kisah ini. Janganlah kerana rasa kerusi dan terlalu empok duduk pun sampai tertidur hingga dilanda mimpi. Jangan pula ingat nama dah tercanang sana-sini ingat kata-katanya org akan angguk. Ada yg angguk tapi sebenarnya tak setuju dan yg geleng tapi sebenarnya setuju (kesianlah pelajarnya). Hairan betul kakak kerana politik sanggup buat sampai begini teruk sekali. Jangan kata hati saja sakit, org yg sakit jantung boleh gol dgn statement yg dibuatnya!!

    ReplyDelete
  2. erm.. lagi tinggi ssorg tu blaja.. lg tinggi jgk la auta..

    lagi byk yg ssorg tu tau.. lg byk n bsr jgk la syaitan yg ganggu.. huhu

    ReplyDelete
  3. Minda udah di jajah, bagaimana mau merdeka pak?

    ReplyDelete
  4. dia prof kita sapa...jajah tu makne ape yer prof,sy tak tahu..kifkifkif

    ReplyDelete
  5. Cikli;

    bab1 Sejarah form1 ada topik pentafsiran sejarah
    Tafsiran mungkin berbeza. Namun, seseorang sejarawan perlu jujur dan bertanggunjawab dalam mentafsir sesuatu sejarah

    Ada diberi contoh:
    1) Pandangan sejarawan tempatan:
    British datang Tanah Melayu utk BOLOT kekayaan ekonomi
    Tokoh tempatan yang berjuang dianggap PEJUANG yang berusaha bebaskan TM daripada penjajah

    2) Pandangan sejarawan barat:
    British datang BANTU raja2 manamatkan perang saudara dan kacau-bilau
    Tokoh tempatan yang berjuang membantah dianggap PEMBERONTAK

    errr... walaupun prof ini luluse UM...no!
    tafsiran saya, mindanya diNAUNGI penjajah... dan UM...no!!!

    ReplyDelete
  6. Salam cikli.

    Dgn ini saya istiharkan Tengku Abdul Rahman bukanlah Bapa kemerdekaan. Beliau adalah Bapa Naungan.

    ReplyDelete
  7. shameel bro - lawak tu.
    kan elok kalau kita panggil saja 'bapak tumpang' sebab yang berjuang (derhaka) kat british orang lain yang masuk penjara dan dibunuh. dia tumpang mesyuarat je.

    ReplyDelete
  8. cikgu hani - bombastik sekali sekala.

    ReplyDelete
  9. cikgu nae - satu komen yang tepat.
    lihat saja sejarah bendahara dulu-dulu. siapa mereka.

    ReplyDelete
  10. sot - yang jajah minda dia british atau israel?

    ReplyDelete
  11. zinnirah - jangan nak salahkan setan pulak..kahkah. setan pun respek ampu yang drastik macam ni

    ReplyDelete
  12. kakzakie - bila tuan senjoh tali di tengkuk, kenalah berbunyi walaupun kediiii...

    ReplyDelete
  13. hii
    ilmuan apa berbelit belit..nice uncle

    ReplyDelete
  14. bro - gua bersarkastik kerana terpaksa. maafkan gua.

    ReplyDelete
  15. cempaka - hii. menyebabkan nama ayahnya dipalit sama. ini ilmu wang cempaka.

    ReplyDelete
  16. umie artoqiemie - ni bukan gossip. nasihat. :)

    ReplyDelete
  17. jenuh jugak gua fikir kenapa rasul melayu ada pengikut yang ada taraf king kong dan kangkong... rupanya king kong dan kangkong ini lah yang jadi pengikut

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...