Monday, February 2, 2009

Bila Lanun Baca Blog


Suatu hari di perairan Somalia.

2 orang lanun berinteraksi setelah habis baca blog Tukar Tiub bro Isham dan Tranungkite.Net.

"Nasib baik kita ni lanun", kata seorang lanun.

"Tak juga!" kata seorang lagi.

"Sekurang-kurangnya kita menculik dan menghijack saja. Tapi YB Malizi kena culik...Eiii, must be the moz dangerouz jobz in ze worldz", lanun yang pertama terus berhujah sambil mengurut misai ala Jack Sparrownya.

"Kita hijack kapal punya susah, berapa juta dapat? YB Malizi kena culik, berapa juta mereka dapat, senang-senang ?"

"Ye ke? Kena culik pun dapat duit, juta-juta pulak tu, cerita Holywood pun tak pernah ada skrip macam ni?'

"Menarik juga teori culik dalam politik Malizi ni ? Negara lain ada buat ke?"

"Ada, Israel..."

"OOOO tahun 2006 dulu yang YB Hamas kena tu, tapi yang tu tak dapat duit"

"Ya, tapi matlamat sama. Nak kekal berkuasa"

"Weiii...weiii...Weiii... Kerja-kerja, jangan asyik borak je. Kalau nak cerita politik jadi blogger, jangan jadi lanun. Nanti, orang lompat parti, kamu lompat ke laut, sekarang... WALK THE PLANK...."

Bahayanya jadi lanun!

.

2 comments:

  1. Bukan 'Tradisi Membela Rakyat' tapi 'Terus Mengamal Rasuah'

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...