Saturday, February 28, 2009

Kenapa Kekasih Lama Selalu Dikenang ?


Mengapa payah untuk melupakan kekasih lama? Apalagi kalau kekasih pertama?

Anak dah sederet pun, masih terkenang kekasih lama. Duduk sorang-sorang tersengih. Tengok gambar lama tersenyum. Tidur lengan atas dahi. Siap mengigau lagi. Kalau isteri sporting takpa. Tapi kalau isteri yang jenis cemburu buta, ributlah jawabnya. Boleh melayang peti ais di dapur.

Apa yang special sangat dengan awek lama? Kadang-kadang awek lama tu jenis pisau cukur pun masih diingat. Awek kaki kutuk dan kaki umpat pun dikenang juga. Apa lagi kalau awek lama tu memang jenis baik bersopan-santun. Laaaaagilah ingat.

Kadang-kadang awek lama tu takde lah lawa sangat. Isteri kita jauh lagi jelita. Tapi perangai manusia ni, awek lama dikenang jua. Kalau awek lama kita tu memang kembar Aishwarya Rai agak munasabah juga.

Kita tak pernah tengok awek lama kita potong bawang. Tak pernah tengok dia cuci lampin anak. Tak pernah terserempak dia berkemban keluar tandas. Tak pernah dia gosok gigi depan kita. Selalunya kita jumpa dia dalam keadaan dia ‘the best’. Dressed up, make up .... cukup bersedia.

Dalam banyak-banyak pendapat tentang hal ini, saya setuju sangat dengan kata-kata kawan saya Pak Ya sedikit masa dulu di Ipoh. Katanya,

“....kerana kita tak kawin dengan dia!”

7 comments:

  1. Sebab sebelum dia kita belum mengenal 'cinta'.

    ReplyDelete
  2. Aku rasa sebab dia adalah awek pertama....cinta terlalu buat kali pertama dan sejarah dengan dia terlalu mengajar erti takut utk berpisah.

    ReplyDelete
  3. utk mengelak dr selalu mengenang yg lama
    carilah yg e best among e best,
    yg suit to your soul or paling dekat dgn sukma

    ReplyDelete
  4. aku stil syg kt ex-bf aku walaupun teruk dia tipu aku..

    dia da ade cinta bru..

    hrp2 lepas aku jumpe 1000kali lebih hensome n hebat dr dia!!! AMIN...

    ReplyDelete
  5. Salam dek Cikli, mmg tak dinafikan lah, datangnya bukan selalu ttpi kadang-kadang. Datangnya pulak bersekali dengan kenangan, biasanya manis lah dengan mengimbau masa-masa lalu. Tapi itulah kenyataannyer.

    Ha..ha.. mcm ada pengalaman jer!

    ReplyDelete
  6. abe maemache, sesekali layan lagu 'mengusung rindu' okey jugak.
    anon, pilih pakwe biar hensem asalkan baik, kalau kaya pun takpe...

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...