Wednesday, February 4, 2009

Krisis Perak : Akibat Tak Menjiwai Profession



Masih di Perak.

Saya tak berniat nak mengata dan mengutuk sesiapa dan apa-apa kerjaya.

Seorangnya bekas askar, seorangnya bekas posmen. Kedua-duanya kerja mulia. Jika niat kerana Allah, mati semasa menjalankan kerja, syahid tu.

Seorang askar mula-mula sekali selain berkawad, dilatih supaya mengikut arahan ketua. Ikut sungguh-sungguh. Seorang askar tak akan berpaling tadah.

Sehingga ada orang mengatakan otak seorang askar lebih mahal dari otak Einstein. Alasannya, otak Eistein telah banyak digunakan manakala seorang askar asyik ikut kata ketua, tak perlu nak fikir-fikir sendiri. Sudah tentu orang itu hanya berlawak. Pedas juga!

Seorang lagi bekas posmen. Apa yang penting bagi seorang posmen? Cuba buat brainstorming.

Apa yang menjadi priority number one seorang posmen?

Surat mesti sampai ! Mesej mesti sampai !

Jadi,

Kalau kita ada surat cuti sakit, tetapi berlonggok atas meja kita, tak dihantar, apa gunanya...

Kalau kita nak jadi Adun bebas, keluar parti. Tetapi surat perletakan jawatan tak hantar ..... Apa kejadahnya.

Kalau kita tahu ada surat 'akujanji', ikrar taat setia. Tapi kita langgar dan harap orang tak hantar surat yang kita sudah tanda tangan. Apa yang kita fikir ?

Tak pernah main 400 ? Surat yang ditanda tangan tanpa tarikh tu ibarat kong dalam permainan 400. Masa krisis macam inilah orang akan guna kong, jip pula tu. Kalau anda tak pernah main 400, anda tak akan faham.

Mulai hari ini, saya nak jiwai dan hargai lebih lagi kerjaya saya.

Kalau saya cikgu, saya yang mula-mula mesti rajin baca buku dan datang sekolah awal.

Kalau saya doktor, saya yang mesti sihat dulu.

Kalau saya imam atau mufti atau ustazah, saya yang akan sokong Islam dulu.

Kalau saya polis, saya tak akan speeding dan langgar lampu merah.

Kalau saya wartawan, saya akan baling kasut jika perlu.

Kalau saya ahli politik, saya tak akan pergunakan budak-budak tadika Kemas dan perbodohkan guru Kemas.

Kalau saya PM, saya tak akan tidur merata.

Kalau saya Timbalan Speaker DUN, saya tak akan matikan handphone.

Kalau saya YB, saya tak akan lompat.

.

4 comments:

  1. Nak jadi ahli politik sebenarnya kena ikhlas. Ahli politik sekarang x macam ahli politik dulu2. Ahli politik skrg berpolitik sebab ada kepentingan peribadi. Ideologi yg nak dibawa pun x jelas. Untuk apa perjuangan lagi lar menimbulkan tanda tanya.

    Entah...aku klu bercakap politik skrg rasa mual. X nmpk pun pemimpin yg betul2 berjiwa rakyat. Suma cam hampas!!

    ReplyDelete
  2. suka, kalau saya wartawan, jika perlu saya juga ingin baling kasut. kui,kui,kui

    ReplyDelete
  3. YB BEBAS??? apa hang ingat org undi hang pasai hang hensem? pasai hang cerdik? pasai hang mawi? Ni lg calon yg nak kena kencin ataih kubuq bila dah m*****h.

    Aku betoi2 xleh teghima tgk senyum pesen tu.

    CankerSaurus

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...