Pernah terserempak katak mengawan?
Musim banjir banyak katak yang mengawan. Kita mudah terserempak kerana mereka mengawan tak kira tempat. Lepas tu apa berlaku di keliling, mereka tak ambil pusing. Lembu kenyang pun tak macam tu.
Baru-baru ini semasa rumah mak saya dinaiki air banjir, saya terserempak se’couple’ katak sedang mengawan. Daripada air sekaki nak cecah lantai rumah, sehinggalah air masuk rumah mak saya separas buku lali. Si katak tadi masih begitu.
Hiruk pikuk orang memunggah barang tak dihirau dan dipeduli. Janji matlamat dia tercapai. Memang binatang tiada akal.
Bila habis punggah barang, saya berkata kepada emak,
“Pemimpin sekarang pun macam katak tu la. Orang cakap gajah rimau pong, susah ke, payah ke, barang mahal ke, apa ke....macam tu juga keputusan yang dibuat”, Emak hanya diam.
Krisis yang berlaku sekarang di Perak pun bagi saya adalah kerana pemimpin bersikap katak mengawan. Tak peduli apa asalkan mereka puas. Hiruk pikuk, helter skelter sekeliling lama-lama hilanglah sendiri. Polis ada, FRU ada, SB ada. Mereka pandailah ikut arahan. Melayu mudah lupa dan mudah sejuk, sebulan dua macam biasa balik.
Media pula jalankan aktiviti katak panggil hujan. Semua bising. Spin sana, spin sini. Deceive sana, deceive sini. Lapor apa yang mengikut nafsu sahaja. Panggil professor, professor kangkung, professor batang julluk sama-sama diskas. Di tv1, tv2, tv3, tv9, Awani, Ikim.fm, Klasik.fm, semua fm. Semua senada macam katak panggil hujan.
Surat khabar pun sama. Senada panggil hujan. Ong..Ong..Ong.. Lama-lama orang akan terima dan percaya.
Rakyat pula masih ramai yang bersikap katak di bawah tempurung. Orang yang sehariannya hanya baca Utusan dan Berita Harian. Tengok tv pun 1,2,3,7,9. Memang katak di bawah tempurung. Tiada berita alternative. Tiada second opinion.
Di Kelantan, terdapat 2 jenis binatang yang tiada species betina. Semuanya jantan iaitu pak ko (sesumpah) dan pak katak. Tak ada mak ko dan mak katak.
Saintis perlu segera ke Perak kerana seekor mak katak telah dijumpai. Elok di ‘preserve’ sebelum pupus.
.
Wahai pok katak & mak katak,ingat!selalunya tempat mati kamu di jalanraya...
ReplyDeleteMasa kanak kanak dulu musim raya aku masukkan mercun je dalam mulut katak pas tu cucuh api....
ReplyDeleteSekarang gian pulak nak memulakannya kembali
pokmuda: mak katak memang selalu di jalanraya sekarang. maklumlah baru dapat camry. tp kira 2nd hand la.
ReplyDeletehashim: kejam tu. elok minta maaf dengan cucu cicit katak sekarang.