Aku ternyata amat silap apabila di dalam posting Nik Aziz dan Isaac Newton Sama-sama Betul, berkata begini,
"Selepas pukulan 17 kilo singgah di pipi kanan di Kuala Trengganu, satu lagi pukulan 25 kilo pula merodok pipi kiri Umno di Perak. Kali ini pada 25 Januari 2009, adun Bota isytihar keluar Umno dan masuk PKR."
Walaupun aku tak pernah menyanjungi malah menyampah dengan lompatannya, aku tetap salah dan lalai.
Rupanya lompatannya hanyalah loncatan dummy untuk distract banyak mata dan membolehkan satu maneuvre politik keji dibuat semasa orang lain sedang mabuk dan asyik bercakap tentang cantiknya lompatan yang dibuat.
Loncatan perangkap ini persis perangkap seks ke atas ahli Majlis Daerah Perak Tengah sedikit masa dulu. Kali ini Adun Bota ini yang berperanan seperti pelacur dari China yang merelakan maruah dan bodynya dipergunakan.
Panggilan katak kepada Adun Bota ini hanya akan menjatuhkan martabat Datuk Brahim Ali.
Buat masa ini, sesuai dengan kekejaman loncatannya, aku panggil saja dia katak Israel.
.
Tiada yang terlepas melalui "Titian Sirah..."
ReplyDeleteBila Islam tidak dijadikan teras dalam berpolitik, maka macam ni lah jadinya...
ReplyDeleteMarah bebenar nampaknya,biasa ganti diri "SAYA" ni dah jadi "AKU".
ReplyDelete