Tuesday, February 3, 2009

Nik Aziz dan Isaac Newton Sama-Sama Betul


Berkenaan kemenangan Adun Wakaf Mempelam di Parlimen Kuala Trengganu pada 17 Januari 2009, menurut Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz dalam postingnya, Kuala Trengganu – Menuju Al-Aqsa,

“Apabila saya khabarkan kegembiraan ini kepada ayahanda sekejap tadi, dia segera berpesan, sujudlah dua rakaat dan jangan sesekali menghina UMNO yang telah kalah. Nanti musuh bingkas dengan kemarahan lalu berlaku kejam dan zalim sebagaimana biasanya.”

Selepas pukulan 17 kilo singgah di pipi kanan di Kuala Trengganu, satu lagi pukulan 25 kilo pula merodok pipi kiri Umno di Perak. Kali ini pada 25 Januari 2009, adun Bota isytihar keluar Umno dan masuk PKR.

Kata Newton di dalam teorinya yang ke 3,

“To every action (force) there is an equal and opposite reaction.”

Newton’s third law inilah yang menjelaskan kenapa kereta yang dipandu terlalu laju boleh terbalik apabila mengambil selekoh.

Dalam kes Umno, tekanan ke atas parti itu semakin meningkat.

P = F/A

P - Tekanan (Pressure)

F – Daya (Force)

A – Luas permukaan (Area)

Untuk mengurangkan tekanan P, Umno BN terpaksa bermain dengan A. Dalam kontek ini A diperluaskan kepada Pakatan Rakyat iaitu reaction ‘menculik’ 2 Adun PKR. Bila A menjadi semakin besar atau luas, Tekanan P boleh dikurangkan.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bereaksi pula dengan taktik yang sama. Agihkan A semula kepada Umno BN. A diberikan balik dengan perletakan jawatan 2 Adun terbabit.

Teori aksi-reaksi inilah yang menghantar Datuk Dr. Sheikh Muszaphar ke ISS. Tetapi Soyuz yang dinaiki Sheikh dipandu baik dengan maklumat yang tepat dan satu destinasi yang disepakati.

Jika politik kita terus beraksi-reaksi dengan bermacam dan berbagai drebar dengan halatuju mengikut nafsu masing-masing, kita akan bergerak ala-ala gerakan brownian molekul asap dan melanggar dinding setiap waktu. Semacam kereta langgar di funfair.

Hasilnya, marhain juga yang masuk angin keluar asap.

3 comments:

  1. Saya pun ada tulis berkaitan sheikh Muzaphar.

    Tapi dulu masa dia pergi, Force tidak disebut sebagai "Daya" tetapi "Tekanan".

    ReplyDelete
  2. budak-budak ppsmi mesti senyum je.

    ReplyDelete

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...