Kache, spendo, kache, spendo |
Aku jumpa seorang kakak Melayu sedang berbisnes. Dan dia berbisnes tanpa persaingan daripada siapa-siapa. Cumanya dia lupa bahawa 'matching' barang jualan juga penting.
Aku sampai di Kota Bharu dari Ipoh pada pukul lebih kurang 4.30 pagi. Turun saja dari bas, sudah ramai pemandu prebet sapu menunggu sambil menyapa.
Mana dik? Ke mana? Ada kereta dah?
Tetapi kakak ini menjual kacang. Pada pukul 4.30 pagi!
Kace be. Kace abe. Beli kace abe.... Kace butir, kace kudo, kace pong.
Dan dia ada barang dagangan lain yang dipadankan dengan kacang.
Seluar sendo. Abe, beli kace, seluar sendo. Kace. Spendo. Spendo abe, kace....
Nak gelak pun ada. Sedih pun ada. Oh.... Patutlah kata orang wanita Kelate suka meniaga.
seluar sendo tue apa bro?
ReplyDeletefirdaus,
ReplyDeleteyang superman pakai kat luar tu la...undergarment
'etok' ada, bro?
ReplyDeletegedek!
ReplyDeleteetok ? tumpat dgn pasir mas banyok.
reti makan ke? haha