Thursday, February 10, 2011

Cerita Hantu Sebelum Tidur

Kakak nak jadi penukis, Salsabila
memberitahuku. Yong nak jadi pemwarna, adiknya
menyampuk
Kadang-kadang anak-anak mendambakan bedtime story.

“Abah. Kami nak dengar cerita hantu pulak,” anak-anak sepakat memaksa aku. Terpaksa aku layan supaya budak-budak ni tidur awal. Esok nak ke sekolah, nanti liat nak bangkit tidur.

“OK lah,” aku bersetuju.

........Once upon a time. Ali pergi membeli susu di kedai. Kedai tu aaaaamat jauh dari rumah Ali. Dalam perjalanan pulang, hari sudah menggelap. Ali terpaksa berlari-lari untuk cepat sampai ke rumah kerana waktu marghrib sudah hampir masuk. Sesampai dekat satu pokok yang besar, Ali terjatuh. Tangannya luka dan berdarah. Apabila tiba di rumah, Ali menunjukkan tangan kepada ibunya.

Eh! Kenapa jari hantu kamu luka? Tanya ibu Ali.

Mari ibu bubuh minyak gamat pada jari hantu kamu ni.........

Selesailah cerita hantu.

“Mana aci cerita begini,” protes Yong.

“Ni bukan cerita hantu,” Salsabila pula menyokong.

“Dah! Dah! Tido...Esok kena bangun awal,” aku menggunakan kuasa veto.



2 comments:

Komen anda dihargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...